PAS Sura bantu mangsa kebakaran

MANGSA kebakaran rumah kedai dua tingkat di Kampung Alor Tembesu, Dungun baru-baru ini mendapat bantuan segera Majlis Tindakan Dun (MTD) Sura.

Advertisement

Sumbangan wang tunai disampaikan wakil Adun Sura, Zakaria Yusop kepada lima mangsa kebakaran tersebut.

Ketika kejadian Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik berada di luar kawasan.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Setiausaha MTD Sura, Muhamad Ibrahim berkata pihak MTD akan buat susulan terhadap mangsa kebakaran tersebut.

“Kami PAS dan MTD Sura termasuk wakil rakyat melahirkan rasa simpati dan prihatin terhadap musibah yang berlaku.

“Mangsa yang ditimpa bencana sama ada orang Islam atau non-Muslim tetap dibantu. PAS hulurkan mengikut kadar kemampuan,” katanya ketika diteui di lokasi kebakaran tersebut Jumaat lepas.

Pada kejadian tersebut lima unit kedai dua tingkat musnah sama sekali dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 5.45 petang.

Kebakaran itu melibatkan premis menjual alat ganti, kedai roti, kedai jualan beras dan kedai gambar.
Penolong Penguasa Bomba Dungun, Saifuddin Muhammad berkata kebakaran itu berlaku ketika hujan renyai namun angin agak kuat.

“Kebakaran menyebabkan kemusnahan 100 peratus dipercayai berpunca kedai alat ganti sebelum merebak ke kedai lain,” ujarnya.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku.{/mprestriction}