Tegur ibu bapa supaya pergi ke majlis ilmu

SOAL JAWAB AGAMA Bersama USTAZ AZHAR IDRUS 

Advertisement

Zakat kepada kerajaan tentang Islam
 
Soalan: Sah atau tidak zakat yang kita keluarkan kepada sebuah kerajaan yang menentang hukum-hukum Islam dan rukun Islam.

Jawapan: Kalau yang mengutip zakat itu orang Islam, maka hukumnya sah juga, walaupun perbuatan itu boleh dipertikaikan. Kita serah zakat itu, selagi mana dia itu orang Islam, bukan orang kafir, jadi sah kita beri zakat kepada dia. Walau bagaimanapun yang terlebih baik, kita beri kepada orang yang kasih kepada Islam.

Tegur ibu bapa supaya pergi ke majlis ilmu

Soalan: Berdosa atau tidak diri saya menegur ibu bapa saya supaya pergi ke tempat kuliah di surau di sekitar rumah saya dalam keadaan keras dan kasar. Beritahu lembut tidak jadi apa juga.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Jawapan: Dia marah kepada ibu bapa dia, menegur suruh pergi ke surau supaya mendengar pengajian Islam tapi dengan cara kasar, tidak bolehlah. Tidak bolehlah cara kasar. Kalau ayat itu bunyi macam kasar tidak apa, tapi suara kita kena rendahkan. Ayat sama sahaja, kalau haram, haram juga, macam Nabi Ibrahim kata kepada ayah dia, “Perbuatan ayah ini sesat.” Tak kan perkataan “sesat” itu hendak ditukar kepada perkataan lain seperti, “Perbuatan ayah ini tidak berbetulan dengan jalan yang lurus.” Ayah dia tidak faham pula kalau macam itu.

Nabi Ibrahim kata, “Ayah ini sesat.” Tapi bahasa atau nada jangan tinggi, kena lembutlah. “Ayah ini sesaaattt.” Macam itu. Jangan tengking-tengking, tidak boleh. Walau ayah itu kafir sekali pun, tidak boleh tengking. Dia sudah masuk Islam, ayah dia kafir lagi, dia tengking, jerkah, tidak boleh. Tuhan kata, “Wala tanhaur”, jangan kamu cakap keras. Bahkan, “Wala taqul lahuma uhfin,” jangan kamu kata kepada keduanya, “Uhhh” sekali pun.

Jadi dalam berdakwah kepada orang lain bolehlah kita hendak keras. Dengan kawan-kawan, dengan isteri, dengan anak-anak, kita hendak tinggi suara, boleh. Dengan ibu bapa, lain pula. Dengan raja, lain pula. Ia ada lain nada-nadanya. Maksud sama sahaja, tetapi nada suara kena rendah. Jangan tinggikan suara dengan ibu bapa.

Rai muka baru ahli masjid

Soalan: Dalam jemaah kita masih ada yang tidak menegur rakan sekampung mereka yang kadang-kadang kadang datang bersolat di surau. Adakah mereka tidak perlu berbuat demikian atas alasan rakan yang baharu itu agak jahil dan mereka sudah alim.

Jawapan: Ini masalah yang banyak berlaku di surau, masjid. Kita orang yang sudah lama jadi ahli masjid, ahli surau, tiba-tiba ada orang kampung kita atau pun orang luar yang baharu hendak berjinak-jinak dengan masjid, kita beri layanan tidak baik. Ini salah. Sepatutnya kalau kita tengok orang itu baharu datang ke surau, masjid maka kita beri layanan istimewa. Dengan layanan istimewa itu, dia akan terpikat untuk terus datang ke surau dan masjid. Yang berlaku sekarang tidak. Kita orang sudah lama menjadi ahli surau, masjid, sudah 12, 13 tahun menjadi ahli surau, masjid, tengok ada muka baharu seorang datang, sampai macam hendak terkeluar biji mata tengok. Ini jahat ini. Kalau haji, ini dipanggil ‘haji syaitan’. Kalau ustaz, ‘ustaz syaitan’ macam itu, tidak terkecuali siapa-siapa.

Dengan orang yang baharu hendak menjadi ahli surau, masjid ini, kita kena pandai. Kita kena beri layanan yang baik biar dia rasa sungguh istimewa rupanya orang surau, masjid ini. Tapi itulah yang banyak berlaku dalam masyarakat kita. Sedangkan kalau kawan kita itu jahil, lagi bagus. Kita hendak biar orang jahillah yang ramai datang ke surau, masjid. Ibadat sudah dilakukan. Tapi apabila orang jahil yang datang ke surau dan masjid bermakna mereka juga hendak menjadi ahli surau dan masjid untuk turut belajar agama. Jadi, mereka melakukan ibadat sambil belajar. Tak kan hendak melakukan ibadat dalam jahil. Jadi biarlah dia jahil, lagi bagus. Lagi jahat dia, datang ke surau, masjid, lagi bagus.

Sepatutnya kalau ada seorang muka baharu yang datang, yang selama ini tidak pernah datang ke surau, masjid, malah rempit memanjang, pagi kempit awek rambut merah, petang kempit awek rambut biru pula, maknanya memang samseng sungguhlah, tiba-tiba sudah datang ke surau, masjid, jadi kita kena jaga elok-elok. Mata kita janganlah bagi nampak kepada dia. Maksudnya jangan memandang kepada dia dengan pandangan yang tidak menyeronokkan. Sebaliknya, kita kena pergi sambut dia di hadapan pintu pagar. “Assalamualaikum. Allah, comelnya, mari kita bersembahyang berjemaah bersama. Allah. Nampak sihat sekarang.” Itu baharu betul.

Ini tidak. Tengok muka baharu datang, “Nak pergi ke mana?”. “Hendak pergi ke suraulah.” “Dah selama ini tak mari pun.” Ada juga macam itu. “Mari mana ni?” “Mari suraulah tok imam.” “Berasa hendak mampus dah ke?”. “Puas dah hidup!” Macam-macam. Tidak betul belaka itu. Kata-kata kita itu biarlah dia rasa terangsang, seronok hendak datang pula ke surau, masjid. Bukankah dia orang baharu. Dia orang baharu, sepatutnya lepas sembahyang pegang tangan dia, ajak sembang, ajak minum air, ajak masuk ke bilik tok bilal apa semua, beri layanan lebih sedikit supaya dia rasa istimewa. Macam itulah.

Ini tidak, datang sahaja muka baharu, tengok dengan pandangan yang tidak menyeronokkan macam hendak terkeluar biji mata. Ada pula yang menjebik bibir. Ada pula yang cuit rakan di sebelahnya sambil menunjuk ke arah orang yang baharu datang itu. Muka sudahlah hodoh, lagi hodohlah buat perangai macam itu pula. Tidak boleh. Hak menerima ibadat kita ini hak Allah. Kita tidak boleh hendak jangka. Kita manusia hanya berikhtiar, Allah tukang terima. Bukan kita tukang terima. Dia datang itu bukan hendak jadi hamba kita, tetapi hendak jadi hamba Allah.

Perkenalan lelaki dan perempuan

Soalan: Bagaimana pandangan Ustaz dengan muda-mudi kita sekarang yang sudah tidak segan silu lagi bergaul bebas antara lelaki dan perempuan sejak di bangku sekolah lagi.

Jawapan: Sekarang di IPT, Allah hurobbi, macam-macam fesyen (ragam). Yang berlatih bersama, yang aerobik bersama, menyanyi berduet bersama, semuanya dibenarkan atas nama sukan, atas nama hiburan dan kesenian. Makin lama makin rosak, makin lama makin rosak. Sebab itu kita tengok, ulama-ulama kita sekarang membuat madrasah-madrasah Islam, pondok-pondok Islam, yang mengasingkan laki-laki dan perempuan. Akhirnya perkara inilah kita kena balik kepada Islam. Kita kena sedar cara sekolah kita ini cara British, cara kafir laknatullah yang hendak mengangkat sifat malu antara laki-laki dan perempuan.

Sekarang budak sekolah menengah dia tidak malu kalau dia bercakap dengan budak lelaki, tiada malu. Di Kuala Lumpur, di Lembah Kelang, budak-budak sekolah di peringkat menengah rendah, tingkatan tiga, tingkatan dua, tingkatan satu, diinterview oleh satu syarikat, iaitu Karex. Karex ini satu syarikat besar yang buat kondom di seluruh dunia. Dia interview di Kuala Lumpur, budak yang tingkatan tiga, dalam masa setahun 12 kali melakukan hubungan seks. Yang tingkatan satu lima kali melakukan hubungan seks. Inilah kehendak Barat, Yahudi dan Nasoro hendak hancurkan agama Islam. Sekarang sudah separuh hancur.

Bila muda-mudi rosak, agama tiada orang hendak dokong. Kita tengok sukalah muda-mudi kita berpimpin tangan ke sana ke mari, tetapi yang menjadi mangsa adalah anak cucu kita nanti. Bila masyarakat rosak maka masyarakat itu lemah. Sebab itulah ekonomi kita dikaut oleh orang kafir dulu, kini dan selamanya. Tengok yang berlumba motor beratus-ratus buah malam-malam, mana ada Cina? Cina duduk bilang duit malam-malam. Baru balik dari kedai bilang wang untung. Yang pakai seluar ketat, anak orang Islam yang perempuan.

Pukul 12.00 malam ada lagi di tepi pokok. Ada yang awek duduk dalam longkang. Buat apa? Pelik-pelik sungguh. Ada yang duduk di tepi perdu buluh. Ada yang duduk dalam bangsal. Ada yang duduk ikat mati kail dalam semak yang perempuan. Pukul satu pagi duduk dalam semak cari apa? Cari umpan untuk mengail? Semua itu telah pun dilatih di sekolah. Bukan cikgu yang ajar, tapi keadaan yang mengajar mereka begitu. Jadi kenal, boleh belajar cara hendak tipu emak, cara hendak tipu ayah, cara hendak menyamar berpura-pura pergi belajar, tapi hendak berjumpa dengan jantan.

Cara hendak pakai macam mana di hadapan emak sebelum buka pakaian itu kerana hendak pergi ke bandar dan sebagainya. Semua diajar di sekolah-sekolah. Akhirnya budak-budak lepasan daripada sekolah, 30 peratus sahaja yang elok akhlaknya, manakala 70 peratus lagi sudah tidak berguna. Ini perkara betul. Sedangkan dalam masa sekolah sepatutnya tidak boleh berkenalan dengan lelaki yang bukan mahram.{/mprestriction}