Tubuh RCI siasat era Isa kawal Felda

KUALA LUMPUR: Gagasan Sejahtera mendesak Felda menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan badan penguatkuasa berkaitan gagal menangani isu penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sewaktu Tan Sri Isa Samad mentadbir Felda.

Advertisement

Mendengar penjelasan yang diberikan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berhubung siasatan SPRM sedang berjalan terhadap isu penyelewengan tersebut, Gagasan Sejahtera bersetuju menunggu hasil siasatan dan memberi tempoh kepada agensi berikut untuk menyiasat.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaubagaimanapun Gagasan Sejahtera akan terus memantau dan mengikuti perkembangan siasatan tersebut sepertimana dimaklumkan Shahrir bahawa akan ada tindakan diambil dalam tempoh lima bulan dari sekarang.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

“Walaupun Tan Sri Shahrir beri jaminan, kita tahu beberapa halangan-halangan yang ada, bukan mudah nak membuat perubahan tetapi insentif yang disebut beliau, kita rasa ini adalah satu hasrat besar untuk nak memperbetulkan semula keadaan.

Sebagai contoh sebelum ini ada tiga agensi dalam Felda yang orangnya sama pihak lembaganya sama, Felda, FIC, FGV, orang yang sama. Jadi kita boleh bayangkan, kalau Felda pun orang yang sama agensi pelaburan pun orang yang sama, lembaga Felda pun orang yang sama dan FGV pun orang yang sama, jadi siapa yang nak awasi kalau berlaku penyelewengan,” katanya.

Berkata pada sidang media selepas kunjungan hormat dan dialog Gagasan Sejahtera bersama pengerusi Felda pada 6 November lalu, beliau berkata Gagasan Sejahtera optimis menerima penjelasan yang diberi namun terdapat beberapa perkara yang masih perlu diberi perhatian dan pemantauan.

Turut dibincangkan pada pertemuan tertutup yang berlangsung selama tiga jam itu adalah isu perumahan generasi kedua Felda yang melibatkan kerajaan negeri, majlis tempatan, pensijilan dan kelayakan untuk diduduki.

Demikian itu, Pengerusi Felda memberi jaminan bahawa isu tersebut akan ditangani bermula pada Disember ini.{/mprestriction}