Banjir: Semua dapat lihat jentera operasi PAS

PAS satu-satunya parti politik dengan organisasi pengurusan kecemasan dan bencana yang tersusun rapi.

Advertisement

“Lantaran itulah semua dapat melihat bagaimana jentera operasi banjir PAS beroperasi dengan tersusun dan berkemahiran,” kata AJK PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim.

Sekarang, katanya tenaga bantuan PAS dari seluruh negara beserta peralatan logistik dan pelbagai barangan bantuan bernilai ratusan ribu ringgit sedang berada di lapangan banjir Pulau Pinang.

“Bukan semua perkara perlu Tuan Guru Presiden kami kena buat sebab parti dah ada penyusunan yang rapi. Ini namanya organisasi,” katanya yang juga Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan Kecemasan Dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia).

Menurutnya, walau tidak nampak gambar Tuan Guru mengharungi air banjir di Pulau Pinang, namun peranan PAS dalam misi bantuan banjir tidak ada siapa yang boleh menafikan.

“Biarlah ketua parti lain seronok berposing dalam air banjir walau kita tahu mereka tak bawa apa-apa pun untuk mangsa banjir. Jentera operasi banjir lagilah tak ada,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 9/11/2017