Jawapan exco kepada soalan Wan Azizah

SKIM Smart Sewa yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Oleh itu pada tahun 2017 kerajaan negeri telah meningkatkan pembiayaannya kepada RM100 juta.

Advertisement

Penjelasan itu diberikan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad sebagai menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail.

Yang berikut jawapan penuh Datuk Iskandar Abdul Samad;

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. DATUK SERI DR. WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL
(N25 KAJANG)

BAGI SOALAN NO. 59 PADA 9 NOVEMBER 2017.

SKIM SMART SEWA PERUMAHAN

a)Untuk makluman Yang Berhormat, memandangkan skim Smart Sewa ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari golongan millennials, pada tahun 2017 Kerajaan Negeri telah meningkatkan pembiayaan Skim Smart-Sewa kepada RM100 juta untuk membeli unit-unit rumah di lokasi strategik yang akan disewakan kepada mereka yang berkelayakan.

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Skim Smart Sewa dengan objektif utama adalah bagi membantu golongan yang gagal mendapatkan pinjaman perumahan supaya dapat menyewa kediaman yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dengan kadar sewa yang berpatutan berbanding harga pasaran. Mereka ini akan diberi tempoh sewaan minima bagi setiap penyewa adalah selama 2 tahun dan maksima selama 5 tahun.

Penyewa akan mendapat pulangan semula 30 peratus daripada jumlah sewaan yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan dalam tempoh minima 2 tahun. Dengan pengembalian sebanyak 30 peratus wang sewaan kepada pemohon selama tempoh simpanan tersebut maka bayaran tersebut boleh dijadikan sebagai wang pendahuluan dalam pembelian Rumah Selangorku pada masa akan datang. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan memberikan keutamaan dalam penawaran kepada pemohon berkenaan untuk ditawarkan mana-mana projek Rumah Selangorku sedia ada sekiranya terdapat kekosongan unit.

Setakat ini sebanyak 861 unit rumah mampu milik dengan kos RM123.14 juta telah pun diproses untuk pemilikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) dilantik sebagai agen pengurusan bagi melancarkan pelaksanaan skim ini.

Berdasarkan rekod, akibat kegagalan mendapatkan pinjaman perumahan Rumah Selangorku, dijangkakan seramai 4,967 pemohon yang berminat untuk menyewa di bawah Skim Smart Sewa.

b)Untuk makluman Yang Berhormat, golongan sasaran bagi pelaksanaan Skim Smart Sewa ini adalah rakyat yang tinggal atau bekerja di Negeri Selangor dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM5,000 sebulan bagi Rumah Selangorku Jenis A atau rumah kos rendah.

Manakala bagi Selangorku Jenis B, C dan D akan diberi keutamaan kepada rakyat yang berpendapatan tidak melebihi RM10,000 sebulan sehingga maksimum RM15,000 sebulan.

Sehingga kini 220 unit rumah telah sedia untuk disewakan dengan kadar sewaan daripada RM550.00 sebulan sehingga RM650.00 sebulan:

 

Bil

Projek

Pangsapuri Tun Teja, Alam Impian

5

Pangsapuri @ Jalan Keretapi Lama,Kapar

64

Pangsapuri Rimba Jaya, Shah Alam

41

Pangsapuri Taman Damai Utama,Puchong

110

                                                 JUMLAH

220

Manakala sehingga hujung tahun ini sebanyak 111 unit lagi dijangka akan disiapkan dan sedia untuk disewakan:

Bil

Projek

Lokasi

Pangsapuri Arista, Parklands

Klang

11

Pangsapuri Azaria, Bandar Parklands

Klang

50

Pangsapuri Asteria, Bandar Parklands

Klang

50

                                                                   JUMLAH

111

Manakala senarai projek Skim Smart Sewa yang dalam proses untuk pemilikan dan status projek masih dalam pembinaan sebanyak 530 unit dijangka dapat disiapkan untuk disewakan mulai tahun 2018 hingga 2020  seperti berikut:

 

Projek

Lokasi

Bil Unit

 

Bandar Bukit Raja Fasa 17B

Bukit Raja

50

 

Apartment Trifolis

Klang

30

 

Jade Hills Jenis A

Kajang

10

 

Jade Hills Jenis B

Kajang

10

 

Jade Hills Jenis C

Kajang

10

 

Jade Hills Jenis D

Kajang

30

 

Bandar Seri Coalfields

Ijok

10

 

Pangsapuri Taming Mutiara

Cheras

30

 

Taman Puchong Utama Jenis B

Puchong

30

 

Taman Puchong Utama Jenis C

Puchong

30

 

Pangsapuri Seri Akasia

Puchong

40

 

Emira @ TTDI Grove

Kajang

10

 

Setia Eco Templer A

Rawang

10

 

Setia Eco Templer C

Rawang

30

 

Pangsapuri De Bayu

Setia Alam

30

 

Pangsapuri De Kiara

Setia Alam

30

 

Pangsapuri Seroja

Setia Alam

20

 

Pangsapuri Subang Bestari

Subang

30

Bandar Rimbayu A

Kuala Langat

40

Bandar Rimbayu B

Kuala Langat

50

Jumlah

530

 – HARAKAHDAILY 9/11/2017