Projek PGBF memang bermasalah

PENGURUSAN Felda yang kini diketuai Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengakui pengurusan projek Perumahan Generasi Kedua Felda (PGBF) di banyak rancangan Felda berdepan masalah sejak ia ditubuhkan beberapa tahun lalu.

Advertisement

Walaupun sasaran 20,000 diumumkan, namun hingga kini hanya antara 8,454 sahaja yang telah disiapkan, dan bagaimanapun ia juga berdepan masalah untuk diagihkan kepada mereka yang layak.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

“Saya tak berani nak kata tentang fasa dua, yang fasa pertama ini pun bank tidak berani nak bagi pinjaman. Sebab itu kita beralih kepada Rumah Mesra Generasi Baru Felda, yang mana dibuat di rumah tapak rumah asal peneroka. Skim ini kita buat bersama SPNB.” kata Shahrir.

Pengakuan ini dibuat semasa pertemuan bersama pimpinan Gagasan Sejahtera di Menara Felda pada 6 November selepas soalan dikemuka Presiden NGO Generasi, Ustaz Roslan Md Esa semasa sesi soal jawab mengenai isu PGBF.

Mengulas isu itu, Ustaz Roslan berkata, dalam pemantauannya mendapati banyak projek yang telah siap kini berdepan masalah kerosakan struktur dan menjadi tempat bersarangnya masalah dadah, jenayah kerana rumah masih tidak diagihkan.

Sebagai contoh, projek di Felda Sungai Koyan yang berdepan masalah. Beberapa buah rumah di bawah skim PGBF  di Felda Sg Koyan telah mula rosak dan dalam masa yang sama projek masih terbengkalai.

Menurut beliau, hanya 239 buah rumah siap berbanding asalnya 480 buah seperti cadangan pembinaan.

Harga rumah PGBF tersebut dianggarkan RM90,000 untuk satu unit yang dijual,  malangnya tiada satu pun sempurna untuk diserahkan kepada pembeli yang layak.

“Kita kesal,  rumah tidak siap dan kini rosak pula. Ini pastinya akan menyebabkan penambahan belanja untuk membaikinya semula sekiranya projek ini diteruskan.  ” kata Ustaz Roslan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah,  Orang Asal dan Peneroka Bandar Pemuda PAS Malaysia.{/mprestriction}