Ziarah asnaf PAS di Senawang

PAS DUN Paroi diwakili Pengarah Pusat Khidmat DUN Paroi, Mohamad Hassan Tamby telah mengadakan ziarah asnaf di sekitar Senawang termasuk Taman Senawang Jaya, Taman Satria, Taman Kobena, Taman Marida dan Taman Teratai.

Advertisement

Program ziarah asnaf dan pesakit PAS DUN Paroi ini sempat menziarahi tujuh keluarga termasuk empat keluarga Melayu dan tiga keluarga India.Turut serta AJK PAS Cawangan Senawang, Abdul Kadir; AJK PAS Cawangan Taman Ixora, Hashim Mohd dan petugas Pusat Khidmat DUN Paroi, Nasir Tajudin.

Penerima sumbangan pada ziarah kali ini ialah Shamsiah Jantan, dari Taman Marida. Beliau merupakan seorang balu dan warga emas tanpa pencen serta tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak, sara keluarga dengan mengasuh anak jiran. Shamsiah menghidapi diabetes dan darah tinggi.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Seorang ibu tunggal Hasnah Abdul Majid dari Taman Senawang Jaya turut mendapat perhatian PAS DUN Paroi.

Hasnah menjaga lima orang cucu.Kedua-dua anaknya bekerja di kilang.Hasnah baru keluar wad hospital kerana demam Denggi dan menghidap diabetes.

Seroja Retinam, 61, seorang warga emas dan balu tinggal dengan keluarga anak.Anaknya bekerja sebagai pemandu lori.Beliau mempunyai dua anak lelaki lagi, yang salah seorangnya OKU akibat kemalangan jalan raya.Chellamah Ramasamy, 67, seorang warga emas dan balu lima anak.

Beliau tinggal dengan keluarga anak yang ke lima.Anak lelaki tersebut telah ditamatkan kerja kerana kilang tempat bekerja telah ditutup.

Abdul Rahman Mohd Akap, 74, seorang warga emas pesara polis dan bekas siak masjid Bandar Baru Senawang.

 Abdul Rahman tinggal berdua dengan isteri dan mengidap ghout yang kronik.

Maimon Alias, 59, balu empat anak kepada anggota tentera yang meninggal semasa bertugas.Mendapat pampasan tetapi gagal mendapat pencen suami atas sebab-sebab yang kurang jelas.

Perlu diusahakan pencen tersebut.Beliau tiada menerima bantuan dari mana-mana pihak.

Sarah Mohamad, 71, seorang warga emas dan balu tanpa pencen, penerima sumbangan tetap Baitulmal.Sarah menghidapi pelbagai penyakit seperti diabetes, asma, sakit lutut dan sukar bergerak.

Beliau mohon bantuan kerusi roda.Sarah tinggal dengan anak yang juga merupakan ibu tunggal.

Semua asnaf tersebut menerima sumbangan keperluan asas.Mohamad Hassan mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang.

Sementara itu sempena sambutan Deepavali, Loganathan dan Moorthy dari Taman Satria menerima sumbangan hamper.Manakala Thambi Raja Annamalai yang merupakan seorang OKU dan penyokong PAS dan anak lelaki beliau berusia 11 tahun menerima sumbangan pakaian baru untuk Deepavali.

Menariknya anak lelaki Thambi Rajah tersebut yang berusia 11 tahun itu, tahu membaca doa makan (Islam) sejak berusia enam tahun.{/mprestriction}