Masih ada Orang Asli tinggal di bangsal usang?

BIARPUN ada agensi khas bagi menjaga hal ehwal penduduk Orang Asli di negara ini, namun sebahagian kaum terbabit hidup dalam keadaan dhaif dan miskin.

Advertisement

Antaranya penduduk Orang Asli di Kampung Popei, Ulu Sat masih tinggal dalam keadaan dhaif di bangsal usang sebagai tempat berlindung.

Ketua Pemuda PAS Jerantut, Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badardan berkata, kehidupan Orang Asli di penempatan tersebut jauh ketinggalan dalam semua aspek.

“Mereka bukan sahaja tinggal di bangsal usang dan masih mengamalkan cara hidup tradisi kais pagi makan pagi bagi meneruskan kehidupan harian.  

“Mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap bagi menyara kehidupan keluarga,” katanya ketika menyertai misi bersama NGO Gerakan Dakwah Pendalaman di Hulu Tembeling baru-baru ini.

Perkampungan itu hanya dapat dijejaki selepas perjalanan hampir sejam menaiki bot kecil dari Kampung Kuala Sat.

Penduduk di perkampungan itu dari suku kaum Bateq. Terdapat 27 rumah yang didiami hampir 100 penduduk. tiga daripada mereka beragama Islam.  –  HARAKAHDAILY 10/11/2017

Hulu Tembeling