PAS rakam takziah keluarga Exco Pahang

PAS Pahang merakam ucapan takziah kepada Exco Kerajaan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin di atas kematian ayahnya, Shamsuddin Sulaiman 82, baru-baru ini.

Advertisement

Timbalan Pesuruhjaya, Andansura Rabu berkata, PAS Pahang mengucap takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka tabah menerima ujian tersebut.  

Shamsudin  meninggal dunia jam 3.55 petang ketika menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur akibat pendarahan di kepala selepas terjatuh di rumah anaknya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bintang, kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Menurut anaknya, Najibmudin Shamsudin, bapanya dimasukkan ke HKL untuk mendapatkan rawatan, namun kritikal kira-kira jam 11 pagi sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah disolatkan di Kuala Lumpur sebelum sekali lagi disembahyangkan di Masjid Kampung Bintang kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Turut hadir Ketua PAS Cawangan kampung Bintang Ustaz Wahab Din yang juga Iman kampung tersebut.  – HARAKAHDAILY 10/11/2017