Felda: PGBF skandal besar?

BERMULA janji dan pengumuman sebelum PRU-13 Kerajaan menyakinkan anak generasi kedua Felda mereka bakal berpeluang memiliki rumah sendiri apabila pelaksanaan  20,000 unit PGBF dalam tempoh 5 tahun dengan peruntukan besar RM1.4 bilion. Selepas janji ini ditabur dengan disertakan bukti pelancaran pecah tanah disesetengah tempat bertambahlah keyakinan dan harapan golongan ini untuk memilikinya.

Advertisement

Kesan daripadanya telah merubah pola undi semua 54 Parlimen yang ada Felda diseluruh negara. Banyaklah majlis- majlis pecah tanah diakan, dinaikan papan tanda, dimulakan kerja tanah dan sebagainya.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Masa itu siapa berani menafikan hasrat kerajaan untuk melihat generasi kedua felda memiliki ruamah sendiri. Selepas pilihanraya kerja-kerja pembinaan rumah Fasa pertama sebanyak 10,000 unit yang dijangka siap pada 2015 untuk diduduki rumah ini. Tapi banyak projek PGBF ini mengalami masalah.

Sudah banyak liputan dilapangan yang saya buktikan Projek ini bermasalah. Ditambah dengan syarat kelayakan pemohon yang tidak mesra anak peneroka. Harga juga mencecah RM120 ribu seunit bagi keluasan 1000 meter persegi. Kebetulan berlaku satu Pilihan Raya Kecil di Pahang antara parlimen mengandungi 14 tanah rancangan Felda iaitu Parlimen Rompin pada 2015.  

Dihari terakhir kempen  kerajaan terpaksa membuat tawaran penurunan harga rumah dari RM120 ribu kepada hanya RM90 ribu sahaja setelah isu ini dicanang secara tersusun dalam tempoh kempen PRK  ini.

Walaupun keputusan PRK Rompin Barisan Nasional masih kekal, mereka terkejut melihat penurunan majoriti kemenangan yang ketara. Bahkan dua daripada 14 tanah rancangan dimenangi Pas dan di Felda Keratong 5, PAS hanya ketinggalan 12 undi.

Selepas itu harga rumah PGBF diturunkan lagi sehingga RM70 ribu sahaja sebagai tawaran keprihatinan kerajaan terhadap golongan ini oleh Perdana Menteri semasa ucaptama sambutan Hari Peneroka peringkat kebangsaan di Stadium Tertutup Gong Badak.

Namun isu PGBF semakin rumit dan kabur. Penyelesaian rumah generasi kedua yang masih menjadi misteri untuk disiapkan. Sebagai contoh penulis menyenaraikan projek bukti projek ini bermasalah. PGBF di Felda Neram 1 sehingga pertengahan tahun 2017 masih gagal diagihkan walaupun hampir 100 peratus siap setelah 7 tahun pembinaannya berjalan.

(asal PWF semasa zaman Tan Sri Yusuf Nor )  300 PGBF di Felda Kertih 5, masih diperingkat pembinaan dan tergendala beberapa kali. PGBF di Felda Bukit Bading yang hanya tinggal papan tanda setelah dilancarkan oleh bekas Meteri Besar Terengganu.

Projek sentuhan kasih di Felda Tenang Besut dimana Exco kerajaan Terengganu mengaku projek ini hanya tinggal papan tanda sahaja dan banyak lagi di Terengganu. Felda telah mengeluarkan tawaran penjualan PGBF di Felda Chalok Barat untuk sekian kali tahun ini walaupun tiada kelibat rumah yang ditawarkan itu.

Cuba tanya anak peneroka Felda Chalok jika was-was dan ragu tentang kenyataan saya ini. Lebih nakal Exco kerajaan Terengganu terpaksa mengadakan Majlis ‘Pencerahan’ tapak rumah untuk anak Felda Bukit Bading dengan penuh gilang gemilang.

Apa tidak nakalnya, dari 98 unit rumah ditukar kepada lot kosong tapak rumah. Kemana peruntukan rumah ini? Tak kan Menteri Besar sendiri tertipu semasa merasmikan Majlis pecah tanah pada 29 Mei 2012

Projek perumahan untuk Generasi kedua di Felda Bukit Tajau, Maran Pahang bernilai RM10.5 juta sebagai contoh. Saya turun meninjau sendiri dua hari sebelum saambutan Hari Peneroka 2016. Projek ini dibiar tenggelam dalam semak samun.Masalah yang sama banyak lagi berlaku di Pahang seperti satu laporan dari Akbar Felda Aspirasi Glokal    keluaran 30 Ogos 2015 menyatakan di Pahang sahaja terdapat 7 projek PGBF yang dikotegerikan ‘sakit’.

Selain Felda Bukit Tajau , Felda Bukit Sagu, Felda Kampung Awah, Felda Sungai Rentang, Felda Jengka 12, Felda Jengka 6 dan Felda Chini 3. Pihak Felda mengaku terpaksa membuat pinjaman RM300juta dari Bank Pembangunan untuk menyiapakan segera projek ini.

Sehingga hari ini ( 24hb September 2016) tiada nampak kelibat bayangan projek ini akan disiapkan. 26 unit PGBF di Felda Padang Piol mula diagihkan selepas Tan Sri Shahrir Samad mengambil alih Pengerusi Felda pada awal 2017. Ini mungkin PGBF yang pertama di Pahang diagihkan.

Walaupun pengerusi Felda waktu itu, Tan Sri Isa Samad mengulangi janji pada Ogos lalu, Felda akan menyiapkan 8400 unit PGBF yang sedang dalam pembinaan pada 2017 akan siap sepenuhnya dan baki hampir 11,600 lagi pada 2018 setelah mendapat pembiayaan bank menjadi satu lagi  tanda tanya anak-anak generasi Felda.

Merujuk perkembangan Projek Perumahan Generasi Baharu Felda ( PGBF ), bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd  Isa Samad dalam satu siaran disiarkan oleh akbar Sinar ruangan SOROT, mengesahkan Felda sudah mengeluarkan perbelanjaan RM400 juta hingga RM600 juta untuk pembangunan rumah fasa pertama 8,470 unit, selebihnya untuk pembinaan fasa seterusnya sebanyak 11,630 unit lagi memerlukan pinjaman daripada bank.

Ketua Jabatan Dokumen dan Kontrak PGBF, Mazlan Abdul Karim juga mengesahkan Felda sedang berusaha menyelesaikan pembinaan ini sepertimana dijanjikan akan siap sepenuhnya 20,000 unit pada 2018 dengan suntikan kewangan dari pihak organisasi luar. ( Sinar 30 Ogos 2016).

Mana peruntukan RM1.4 bilion?

Sebelum ini banyak kenyataan -kenyataan  Felda menyatakan memperuntukan RM1.4 bilion untuk membina 20,000 unit PGBF bermula 2013 dan akan siap 2018. Menurut maklumat pihak pengurusan ibu pejabat Felda hanya beberapa Projek sahaja yang telah siap antaranya:

1. PGBF Padang Piol – 26 unit ( sudah diagihkan)
2. PGBF Sungai Tiang – 80 unit
3. PGBF Selancar – 480 unit
4. PGBF Selendang -360 unit
5. PGBF Keratong 4 -264 unit

Jika merujuk kepada kenyataan Pengerusi Felda sebelum ini, Tan Sri Mohd  Isa Samad, sehingga 2016 hanya 8470 unit sudah dalam proses pembinaan dengan Kos telah dibelanja RM600 juta , maka memberi kefahaman kepada kita, baki peruntukan daripada RM1.4 bilion ini ialah RM800juta.

Tetapi dalam satu maklumat lain, Pengerusi Felda sekarang Tan Sri Shahrir Samad mendakwa Felda telah membelanjakan RM800 juta untuk Fasa pertama. Kenapa berlaku perbezaan ketara dari rekod perbelanjaan sehingga RM200 juta? Ini belum diambil kira status peratusan projek. Banyak yang terbengkalai.

Satu lagi suntikan dana pinjaman sejumlah RM300juta diperoleh daripada Bank Perdagangan bertujuan memulihkan projek PGBF yang sakit diseluruh negara terumanya di Pahang (4000 unit)

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Ahli Lembaga Pengarah Felda, Datuk Abu Bakar Harun dalam satu siaran Majalah Felda Aspirasi Glokal 30 Ogos 2015. Tapi kenyataan ini juga cuba dinafikan oleh pihak pengurusan sekarang.  Jumlah RM300 juta yang besar ini bagai sekecil nilai 5 sen bagi mereka. Pihak ini kata begini, pihak lain pula menafikan. Seolah ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh mereka.

Saya merujuk lagi kenyataan Datuk Abu Bakar Harun yang menyatakan antara  projek PGBF yang terbengkalai ialah PGBF di Felda Bukit Sagu,  PGBF Felda Sungai Retang, PGBF Felda Jengka 12, PGBF Felda Jengka 6, PGBF Felda Bukit Tajau, PGBF Felda Kg. Awah dan PGBF Felda Chini 3.

Saya mempunyai salinan bukti kenyataan beliau ini yang dikeluarkan oleh Felda sendiri. Kenapa pula pihak pengurusan sekarang mengatakan ini projek lain? Sedangkan dengan jelas Datuk Abu Bakar merujuk projek PGBF.

Berdasarkan beberapa kenyataan, maklumat serta pemerhatian yang saya lakukan,  tidak ada laporan terperincil mengenai agihan peruntukan  membaik pulih projek sakit ini. Beberapa tempat yang sebut di atas masih lagi tidak berubah terutamanya di Felda Bukit Tajau dan Felda Chini .

Mungkin benar kenyataan pihak pengurusan Felda yang mereka kurang maklumat tentang pinjaman ini . Jadi untuk mencari jalan penyelesai peruntukan tambahan RM300 juta ini sangat wajar pihak terbabit membuka siasatan dan mendedahkan hasil siasatan kepada warga Felda agar isu besar ini tidak dipolimikan . Exco kerajaan Pahang terbabit juga wajar memberikan pencerahan terperinci tentang pinjaman tambahan ini. Projek mana yang disalurkan dan apakah hasil tambahan peruntukan ini.

Jika peruntukan daripada RM1.4 bilion, telah digunakan hanya RM600juta, ( saya mengabil kenyataan laporan akhbar oleh Tan Sri Isa ) ini memberi perkiraan jumlah peruntukan ini berbaki RM800 juta dan ditambah dengan pinjaman tambahan membaik pulih projek sakit RM300 juta, keseluruhan nilai kewangan projek ini ialah RM1.7 bilion dan masih berbaki RM1.1 bilion. Ke mana perginya peruntukan ini?

Berdasarkan bajet baharu 2018 yang dibentangkan , kerajaan memperuntukan hanya RM164 juta untuk PGBF. Jumlah kecil ini tidak munasabah tambahan untuk menyiapkan baki 11 600 unit yang pada asasnya memerlukan RM1 bilion lagi bagi menyiapkanya.

Ini memberi isyarat kepada kita, kerajaan cuba merubah kaedah untuk menyiapkan baki yang terbengkalai dengan kaedah lain atau kerjasama dengan agensi lain.

Ini mengesahkan lagi PGBF ini bermasalah. Hasrat murni kerajaan terbantut kerana kaedah pelaksanaan dengan individu yang kianat dan tidak bertanggungjawab menyebabkan harapan 20,000 anak generasi kedua menjadi mangsa permainan ahli Politik parti kerajaan.

-Penulis adalah Pegawai Khas Seranta Felda Badan Perhubungan PAS Terengganu.{/mprestriction}