Jelajah Hijau 1.0: Dedahkan pemuda memahami isu negara

JELAJAH Hijau bertujuan menghimpunkan jentera pilihan raya untuk diberi pendedahan berkaitan isu-isu semasa dan juga taktikal pilihan raya.

Advertisement

Jelajah telah dijalankan mengikut zon dan zon utara adalah zon pertama bahkan diberi keutamaan  kerana di dalamnya terdapat parlimen dan DUN yang PAS menang buat kali pertama dalam pilihan raya pertama negara

Demikian menurut Pengarah Jelajah Hijau 1.0, Abdul Qahr Syams ketika menyampai ucapan di hadapan pimpinan pemuda PAS Perak Zon Utara.

“Penekanan isu semasa lebih kepada isi dokumen HIJAU yang menjadi alternatif kepada rakyat dan kerajaan dalam menangani masalah ekonomi yang semakin tenat.

“Selain penjelasan kepada WINS dan BPMS yang menjadi buat tangan teristimewa buat penyokong PAS.

“Seramai 60 orang telah memberikan komitmen terbaik untuk persediaan menghadapi pilihan raya serta memastikan PAS menang dalam PRU akan datang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 12/11/2107