Kekuatan umat Islam mampu hadapi musuh dua kali ganda

TAFSIR: Surah Al- Anfal Ayat 66: Imam al-Bukhari meriwayatkan melalui hadis Ibnu Mubarak hal yang semisal (yang sama).

Advertisement

Sa’id Ibnu Mansur mengatakan, telah menceritakan kepada kami Sufyan, dari Amir Ibnu Dinar, dari Ibnu Abbas sehubungan dengan makna ayat ini, bahawa pada mulanya Allah mengharuskan mereka (kaum muslim) tidak boleh lari dalam menghadapi musuh yang jumlahnya 10 kali ganda; 20 orang dari mereka tidak boleh lari kerana menghadap 200 orang musuh.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Kemudian Allah SWT memberikan keringanan kepada mereka melalui firman-Nya yang bermaksud, “Sekarang Allah telah meringankan kepada kalian dan Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan.” (Surah Al-Anfal : 66). Kerana itu tidaklah layak bagi 100 orang dari kamu lari kerana menghadapi 200 orang musuh.

Imam al-Bukhari telah meriwayatkan hal yang sama melalui  Ali Ibnu Abdullah dari Sufyan dengan sanad yang sama.

Muhammad Ibnu Ishaq mengatakan, telah menceritakan kepadaku Ibnu Abu Nujaih dari Ata’ dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa ketika ayat ini diturunkan, maka bagi kaum muslim terasa berat bila 20 orang dari mereka diharuskan menghadapi 200 orang musuh dan seratus orang dari mereka diharuskan menghadapi 200 orang musuh dan 100 orang dari mereka harus menghadapi seribu orang musuh.

Kemudian Allah memberikan keringanan-Nya kepada mereka, maka ayat ini dimansukh oleh ayat lainnya yang bermaksud, “Sekarang Allah telah meringankan kepada kamu dan Dia telah mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan.” (Surah Al-Anfal: 66), hingga akhir ayat. Maka sejak saat itu bila jumlah mereka separuh dari jumlah musuh, mereka tidak diperbolehkan lari meninggalkan medan perang.

Apabila jumlah mereka kurang dari itu, maka mereka tidak diwajibkan memerangi musuhnya, dan diperbolehkan mundur menghindari musuhnya. Hal yang semisal telah diriwayatkan pula oleh Ali Ibnu Abu Talhah dan Al-Aufi dari Ibnu Abbas. Ibnu Abu Hatim mengatakan bahawa telah diriwayatkan hal yang sama dari Mujahid, Ata’, Ikrimah, Al-Hasan, Zaid ibnu Aslam, Ata’ Al-Khurrasani, Ad-Dahhak dan lain-lainnya.

Al-Hafiz Abu Bakar Ibnu Murdawaih telah meriwayatkan melalui hadis Al-Musayyab Ibnu Syarik, dari Ibnu Aun, dari Nafi’, dari Ibnu Umar r.a. sehubungan dengan makna firman-Nya yang bermaksud, “Jika ada 20 orang yang sabar di antara amu nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh.” (Surah Al- Anfal : 65) Bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan sahabat Nabi  Muhammad s.a.w.

Imam Hakim meriwayatkan di dalam kitab Mustadraknya melalui hadis Abu Amr Ibnul Ala, dari Nafi’, dari Ibnu Umar, bahawa Rasulullah s.a.w. membacakan firman-Nya yang bermaksud, “Sekarang Allah telah meringankan kepada kamu dan Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan.” (Surah Al-Anfal: 66).

 Ayat ini menghapuskan hukum ayat yang sebelumnya. Kemudian Imam Hakim mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih, tetapi keduanya (al-Bukhari dan Muslim) tidak mengetengahkannya. Tidak patut bagi seorang nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi.

Kamu menghendaki harta benda duniawiah, sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk kamu). Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa siksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.

Maka makanlah dari sebahagian rampasan perang yang telah kamu ambil itu, sebagai makanan yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Imam Ahmad mengatakan bahawa telah menceritakan kepada kami Ali Ibnu Hasyim, dari Humaid dari Anas r.a. yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. meminta saran kepada sahabat-sahabatnya tentang para tawanan Perang Badar yang berhasil ditangkap oleh kaum muslim. Untuk itu baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menguasakan sebahagian dari mereka kepada kamu.”

Maka Umar Ibnul Khattab berdiri dan berkata, “Wahai Rasulullah, pancunglah leher mereka.” Nabi s.a.w. berpaling darinya, kemudian kembali bersabda yang bermaksud, “Hai manusia, sesungguhnya Allah telah menguasakan sebahagian dari mereka kepada kamu, dan sesungguhnya mereka adalah saudara-saudara kamu sendiri di masa kelmarin.”{/mprestriction}