Bajet Kedah macam ‘pain killer’ sahaja

ALOR SETAR: Bajet Kedah 2018 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (Bakar Bata- BN) pada Sidang Dun Penggal Kelima diibarat
Bajet ‘Pain-Killer’ seperti Panadol yang menghilangkan kesakitan hanya kadar waktu sementara sahaja.
 
Demikian dipetik dari kenyataan Ustaz Ahmad Yahaya (Alor Mengkudu-PAS) ketika ditemui pada hari kedua sidang berkenaan, semalam.
 
Beliau juga mendakwa, bajet berkenaan berulang mengikut ‘trend’ Bajet Pusat, selain lebih bergantung kepada pinjaman yang tidak mengubah nasib rakyat, bahkan ia hanha menggula-gulakan rakyat. 
 
“Sebagai contoh, bajet tahun lepas (2017), banyak perkara disebut dan dijanjikan namun tidak dilaksana.
 
“KeT (Kedah E-Tutor) yang peruntukan sebanyak RM18 juta namun pelaksanaannya hanya melibatkan kelompok kecil dan tidak mencapai matlamat diuar-uarkan.
 
“Begitu juga dengan Khairat Kematian yang diumumkan diperolehi oleh semua lapisan masyarakat, namun pelaksanaannya amat terhad disamping kerajaan masih berhutang
sebanyak RM8 juta kepada waris si mati sepanjang tempoh 2014 hingga Oktober 2017,” ujar beliau.
 
Beliau juga menyebut berkenaan Tuisyen Barakah yang hanya disasarkan kepada 80 pelajar setiap Dun dan jelas sekali tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat sekarang. – HARAKAHDAILY 14/11/2017
Advertisement