Belajarlah daripada sejarah gemilang dan mundur

SEJARAH telah mencatat, selama tujuh abad lebih Islam menjadi “The Greatest World’s Civilization” (peradaban terbesar di dunia). Sejak zaman Rasulullah s.a.w. sampai dinasti Abbasiyah (1258) umat Islam tampil  sebagai pemimpin dunia. Tujuh abad kejayaan Islam telah berlalu dan tujuh abad kemunduran telah berlangsung. Kini umur dunia memasuki abad 21. Akan tetapi muslim belum mampu mengembalikan kejayaannya  seperti yang tertulis dengan  tinta  emas sejarah kegemilangan dahulu.

Advertisement

Seharusnya umat Islam belajar dari sejarah kejayaan dan kemunduran Islam. Agar mampu menyiasati dan mengatasi kemunduran yang merupakan problematika umat dewasa ini. Namun ironisnya, hari ini kita semakin jauh dengan nilai-nilai keislaman. Seorang pembaharu Islam dari Mesir  mengatakan ” Islam mahjubun lilmuslim” ( Islam tertutupi dengan umat Islam sendiri).{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Secara umum, kemunduran yang dialami umat Islam disebabkan oleh semakin jauhnya umat dari nilai-nilai Al-Quran-Hadis yang tidak berperanan lagi sebagai  khairu ummah. Penegak amar ma’ruf nahi munkar. Sikap dan perilaku umat tidak mencerminkan nilai-nilai Islam. Muslim membaca Al-Quran tetapi tidak mentadaburinya, atau membaca dan mentadaburinya tetapi tidak mengamalkannya.

Syeikh Muhammad Abduh pernah berkata “Wajadtu al-Islam fi Baris falam ajid al-muslim, wa wajadtu al-muslim fi Misr falam ajid al-Islam”. (saya menemukan Islam di Paris tetapi tidak terdapat muslim, dan saya mendapatkan muslim di Mesir tetapi tidak menemukan Islam). Ini adalah kritikan bagi umat Islam.

Aplikasi terhadap ajaran Islam dalam seluruh aspek kehidupan merupakan kunci kejayaan Islam. Namun  Sebaliknya, sikap acuh, malas, pesimis dan hilangnya ruh-ruh keislaman adalah kunci keterbelakangan umat. Muslim sejati adalah muslim yang berani nenunjukkan jati dirinya sebagai muslim.

Jika  ingin mengetahui  tentang Islam , maka perhatikan perilakunya. Hal ini telah dibuktikan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Ketika seseorang bertanya pada Aisyah r.a. tentang bagaimana akhlak Rasulullah, Aisyah menjawab akhlaknya adalah Al-Quran. Beliaulah uswah al-hasanah bagi umat manusia.

Dewasa ini, kemunduran Islam dipengaruhi oleh dua faktor, iaitu : internal dan eksternal. Faktor internal  berupa kelemahan dalam tubuh  muslim sendiri, seperti : umat Islam yang tidak konsisten dengan agamanya serta pengkhianatan terhadap agama, dengan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Islam mengalami krisis para ulama, ilmuwan dan cendikiawan muslim yang berjuang demi Islam dan istiqamah di jalanNya.

Banyak konflik dan kes yang terjadi, di antaranya : penyalahgunaan jabatan, penyelewengan dana dan korupsi bermaharajalela, sedangkan penegak hukum tidak berperanan sebagaimana mestinya. Masih ada komuniti muslim dalam kemiskinan, sehingga tidak hairan kita dapati muslim yang rela menjual aqidahnya hanya untuk sebungkus mi segera.

Sebesar apapun problematika umat, ia mampu diselesaikan jika Ukhuwah Islamiyah terjalin kuat dan umat Islam berada dalam satu barisan untuk mewujudkan cita-cita demi meraih kejayaan. Namun, realitinya yang kita saksikan hari ini adalah sebaliknya.

Rasulullah telah menyedarkan kita bahawa hampir tiba masanya di mana bangsa-bangsa lain akan menyerbu umat Islam, seperti makanan di atas meja hidangan. Lalu sahabat merasa hairan lantas bertanya kepada Rasulullah: “ apakah jumlah kami waktu  itu sedikit sehingga kami diserbu seperti makanan yang dihidangkan?”, kemudian Nabi s.a.w. menjawab: “tidak, bahkan jumlah kamu ketika itu lebih banyak, tetapi tidak memiliki kualiti dan terpecah belah antara satu sama lain”.

Prediksi Rasulullah di atas terjadi pada abad millennium ini, sebagai contoh: umat Islam tidak memiliki keberanian untuk melawan Israel, organisasi konferensi Islam (OKI) yang bertujuan menggalang persatuan umat Islam dunia hanya berani mengecam dan mengutuk setiap tindak kekerasan militer yang dilakukan tentara Israel, Afganistan dihujani bom, Iraq diceroboh dan sekarang Palestin, tetapi OKI diam seribu bahasa.

Andai para Pemimpin  Arab bersatu dan mengambil sikap, dapat dipastikan Israel terhapus dari peta timur tengah. Sayangnya, Dunia Islam saat ini telah terserang penyakit ganas yang menggerogoti ruh- ruh Islam dalam jiwa muslim. Penyakit itu adalah “wahn”  iaitu cinta dunia dan takut mati.

Tetapi sayang dunia yang kita sedangkan saksikan sekarang ini memperlihatkan bagaimana sifat “wahn’ ini telah meresap masuk dalam sanubari pemimpin-pemimpin Arab yang amat mencintai dunia dan tidak bersiap untuk mati,  mereka sanggup menjadi mata rantai kepada musuh Islam dari pelbagai aliran dan fahaman.

Apa yang telah kita saksikan tahun-tahun kebelakangan ini di mana ada pemimpin yang berjiwa Islam, malah cembeuru kepada agamanya yang diperlakukan dengan pelbagai tindakan kejam terhadapnya seperti Presiden Dr. Morsi dari sebuah jamaah Islam iaitu Al-Ikhwan Al-Muslimun telah disanggah dengan penuh biadap oleh junta tentera yang diberi kepercayaan untuk mengawal negara pimpinan mantan Jeneral Abdel Fattah as-Sisi yang boleh disifatkan sebagai petualang yang amat mencintai dunia dan tidak bersedia untuk mati.

 Lebih jauh dari itu beliau telah melancarkan serangan terhadap rakyat yang tidak bersenjata tanpa mengira kaum wanita, kanak-kanak serta orang-orang tua yang tidak berupaya, malah merosakkan bangunan hospital, masjid dan tempat-tempat, lebih mendukacitakan para pemimpin serta anak-anak Al-Ikhwan Al-Muslimun menjadi sasaran serangan yang benar-benar dilaksanakan kerana takut akan bangkit untuk bertindak balas, sedangkan mereka bukanlah jenis manusia yang berdendam dan jauh sekali untuk bertindak.

Begitu juga sikap syaitaniyyah Presiden Basyar al-Assad yang mewarisi sikap mendiang ayahandanya Hafiz yang mensasarkan para ulama’ khususnya dan rakyat jelata yang tidak menyokongnya diwartakan sebagai musuh yang mesti dihapuskan dengan apa cara sekalipun agar tidak wujud lagi di bumi Syria mereka yang anti kepada pemerintahnnya.

Di samping itu juga fenomena sekatan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Yemen dan lain-lain terhadap Qatar yang dikatakan memberi dana kepada Al-Ikhwan Al-Muslimun serta membantu perjuangan rakyat Palestin khususnya HAMAS, malah yang lebih sedih lagi apabila Sarjana dan Ilmuan Islam Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi dianggap musuh yang mesti dihapuskan, ia adalah suara sumbang pihak musuh Islam dari kalangan Yahudi, Syiah dan sekutu Amerika, tidakkan tindakkan itu menggambarkan kemunduran cara berfikir Muslim.

Adapun faktor eksternal, di antaranya; serangan dari luar. Adapun perperangan di era modern ini tidak lagi terfokus pada perang fisik semata, melainkan perang pemikiran yang disebut ghazw al-fikr. Para musuh Islam cukup sedar akan kekuatan umat Islam. Perang Arab-Israel pada tahun 1948,1956,1973 dan 1982 adalah bukti konkrit kemampuan Negara Arab melawan zionis Israel.

Westernisasi, kristianisasi sekularisme, liberalisme, orientalisme dan feminisme merupakan bentuk perang pemikiran yang digencarkan oleh para anti Islam. Mereka menggunakan metode ini kerana dianggap paling ampuh mencuci otak para muslimin. Bagi mereka menjadikan umat Islam jauh dari nilai-nilai keislaman adalah kejayaan besar, kerana dengan demikian tanpa disedari umat Islam akan menghancurkan agama mereka dengan tangan sendiri.

Demikianlah sekilas potret dunia Islam ketika ini. Berbagai problematika yang dihadapi mengakibatkan kemunduran kita, namun hal ini tidak boleh menjadikan muslimin berputus asa, melainkan menumbuhkan semangat untuk bangkit dari keterpurukan dan menjadi muslim yang kuat.

Islam akan kembali kepada kejayaannya dengan perjuangan, doa, pengorbanan, kegigihan, optimis dan kesabaran dari umat Islam seluruh dunia. Allah telah berfirman ” Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri”. (QS Ar- ra’d:11)

Tulisan sederhana ini bukanlah sebuah pengetahuan baharu bagi para pembaca budiman, namun penulis hanya ingin membangkitkan kembali sense of belonging (rasa memiliki) terhadap Islam dan menjadi muslim yang peduli.

Mengembalikan keagungan Islam dan mengukir senyum di wajah dunia Islam adalah kewajiban dan tanggungjawab kita sebagai muslim. Maka patutlah kita bertanya pada diri masing-masing, sumbangan apa yang telah kita berikan untuk Islam?{/mprestriction}