Datuk Asri tidak bawa ‘lari’ pejabat PAS

KETIKA Datuk Mohd Asri Muda keluar daripada PAS, tidak pula bangunan PAS Kelantan yang dibina hasil usahanya bertukar kepada parti baharu yang diasasnya.

Advertisement

Ketika itu Mohd Asri sebagai Yang Dipertua Agung PAS meletak jawatan pada muktamar yang diadakan 23 Oktober 1982 ekoran masalah dalaman yang berlaku.

DNassuruddinPada 1983 beliau membawa penyokong-penyokongnya menubuhkan parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM).

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Nassurudin Daud berkata, biarpun Datuk Asri meninggalkan PAS tidak pula dibawa bangunan PAS Kelantan yang ada sekarang bersama parti baharunya.

“Datuk Asri semasa keluar daripada PAS tidak bawa lari bangunan pejabat PAS negeri yang dibina hasil usahanya,” katanya pada ceramah sempena solat hajat di Pusat Khidmat Dun Salor di Kampung Pendek malam tadi.

Hadir sama Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah dan pimpinan utama PAS Kelantan.

Bagaimanapun katanya, sekarang ada bekas pemimpin yang keluar parti dibawa bersama bangunan yang dibina semasa bersama PAS.

Sedangkan kata beliau semua wakil rakyat ada pejabat Pusat Khidmat masing-masing yang dibina hasil sumbangan orang ramai.

“Saya pun ada pejabat pusat khidmat Dun. Orang bagi derma bagi membina pejabat itu atas nama PAS biarpun saya sebagai wakil rakyat.

“Orang tidak akan beri derma atas nama Nassurudin. Mereka bagi derma kepada PAS dan bukan kepada wakil rakyat untuk bina pejabat,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/11/2017

solat hajat 4