Jempol sampaikan anugerah graduasi PASTI

JEMPOL: Majlis Graduasi PASTI Kawasan Jempol yang dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Jempol, Habibah Tumin telah berlangsung dengan meriahnya di Dewan Majlis Daerah Jempol, di sini semalam. 
 
Pada majlis graduasi itu Anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang bagi kategori pelajar lima tahun telah disampaikan kepada Nuraini Mardhiah Mohd Nordin dari PASTI Muttaqin, manakala bagi kategori enam tahun dianugerahkan kepada Ameerul Adham Ahmad Ashaa’ri dari PASTI Ar Raudhah.
 
Majlis itu juga turut memberi pengiktirafan kepada pelajar kelainan upaya (OKU), Mazaya Misnan dari PASTI Al Huda atas kesungguhannya belajar, selain turut diserikan lagi dengan persembahan istimewa dari pelajar-pelajar PASTI Ar Raudah.
 
Pengerusi PASTI Kawasan Jempol, Mohd Dzulkarnain Mohd Jefri memberitahu, dalam kawasan itu terapat enam PASTI iaitu Al Huda, As Syakirin, Al Muttaqin, Al Hidayah, Ar Raudhah dan An Nuur. 
 
Antara tetamu jemputan yang turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Jempol, Mustaffa Bakri Abdul Aziz. – HARAKAHDAILY 20/11/2017
Advertisement