Anak beranak perlu bantuan rumah

ARAU: Dua keluarga miskin yang telah menerima perintah mahkamah untuk berpindah segera dalam tempoh sebulan memerlukan bantuan orang ramai bagi membolehkan mereka mendirikan rumah baru di Kampung Batas Liku, di sini.
 
Abdullah Sani Kamarudin bersama isteri beliau dan juga ibu mertuanya, Sepiah Man terpaksa berpindah kerana tidak lagi dibenarkan tinggal di tanah yang mereka duduki sekarang.
 
Abdullah hanya bekerja mengambil upah mesin rumput di kampung, manakala isterinya bekerja sebagai pencuci di institut pengajian berdekatan untuk menampung perbelanjaan anak-anaknya yang masih bersekolah.
 
Mereka kini terpaksa menumpang berteduh di rumah abangnya berhampiran dengan rumah, di mana abangnya yang juga anak kepada Sepiah, Shukri Said merancang untuk membina asas rumah berkeluasan 30×27 kaki persegi di sebelah rumah beliau kini.
 
Beliau yang hanya bekerja sebagai pembantu peladang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau memohon bantuan kewangan bagi membeli bahan binaan bagi mendirikan rumah untuk ibu dan adiknya tinggal.
 
Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian melalui nombor akaun BSN 209107 29 00017223 2 atas nama Abdullah Sani atau menghubungi Shukri Said di 011-2079 5769. – HARAKAHDAILY 21/11/2017
Advertisement