Kematian kanser

SERING masyarakat keliru dengan pelbagai tawaran untuk merawat kanser. Kaedah konvensional seperti pembedahan, kimoterapi, dan radioterapi pula dimomokkan dengan kesan-kesan negatif, perubatan yahudi dan mengkayakan golongan kapitalis. Kaedah murah, Islamis, natural, alami dan suci ikhlas seperti rendaman batu, tangkal azimat, daun herba, air penawar, homeopati dan pelbagai rawatan alternatif pula mendapat tempat di hati pesakit kanser. Tanpa mereka sedari bahawa “survival” mendapatkan rawatan konvensional lebih tinggi dari rawatan alternatif.

Advertisement

Mati adalah kematian yang ditentukan Ilahi. Tiada siapa boleh menolaknya. Ikhtiar sebelum mati wajib bagi taraf masyarakat umum seperti kita ini. Kita bukan para aulia, mahupun para wali.

Prof Imelda Balchin menghuraikan survival pesakit kanser yang mengambil rawatan moden 5 kali lebih tinggi dari perubatan alternatif.

“Kematian penyakit barah, oleh pesakit barah yang memilih rawatan alternatif, seperti homeopati atau ubat traditional, ialah dua kali ganda lebih tinggi daripada pesakit barah yang menerima rawatan perubatan moden.

Kematian penyakit barah, oleh pesakit barah payudara (breast cancer) ialah lima kali ganda lebih tinggi apabila pesakit tidak menerima rawatan perubatan moden, bila dibandingkan dengan pesakit yang menerima rawatan yang disarankan oleh pakar barah.

‘Survival rate’ ialah 5 kali ganda lebih tinggi bila pesakit barah payudara menerima nasihat pakar rawatan barah.

Berubatlah dengan ahli yang pakar dalam bidang mereka.

Suhazeli.com
Fb.com/drsuhazeli.
22.11.2017
Ipoh

Pautan:
https://m.facebook.com/story.php…