Program kerohanian isi masa muslimah N.Sembilan

JEMPOL: Usaha memberi kefahaman Islam dan mengikat ukhuwah Islamiyah dalam kalangan masyarakat sentiasa disubur dan diperkukuhkan menerusi pelbagai program kerohanian.
 
Sehubungan itu, Amalnita Cawangan Negeri Sembilan dan Perkumpulan Mawaddah Wa Rahmah telah menganjurkan majlis bersama pihak Surau Besar Tunku Mukhriz Kuala Jempol, di sini semalam.
 
Pada pertemuan itu, mereka mengadakan bacaan Yaasin, tahlil dan selawat serta doa Rabitah, selain mendengar tazkirah dan tadabbur surah Yaasin yang dikupas Ustazah Masdiati Aminuddin.
 
Kasih sayang anggota jamaah itu turut dieratkan lagi dengan sumbangan kepada rakan muallaf dari pelbagai latar belakang disampaikan wakil Amalnita, Noridah Shariff.
 
Kumpulan disertai 65 anggota dan tetamu itu berharap agar usaha mereka dapat diperluas dan disertai lebih ramai kaum muslimah di surau atau masjid sebagai aktiviti bermanfaat bersama.
 
Hadir sama Ketua Perkumpulan Mawaddah Wa Rahmah, Siti Hawa Abdullah dan wakil Pegawai Rakan Ziarah Pusat Dakwah Negeri Sembilan, Sheida Abdullah. – HARAKAHDAILY 23/11/2017
Advertisement