Bilakah PH mahu berhenti menipu rakyat?

PAKATAN Harapan memang pakar dalam bidang menipu, memfitnah dan memanipulasi agar kelemahan mereka dapat ditutup. Buat kesekian kalinya, rakyatlah yang menjadi mangsa ditipu hidup-hidup oleh PH kerana orang awam kurang arif  berkenaan prosedur dan tatacara perjalanan Sidang Dewan.

Advertisement

Terbaharu, PH menjaja cereka fitnah kononnya undian belah-bahagi yang berlangsung pada Isnin malam baru-baru ini adalah berkenaan kenaikan kos sara hidup rakyat dan harga petrol.

Ini adalah fitnah yang nyata. Ia boleh dibuktikan dengan kita merujuk penyata rasmi (handsard) Parlimen yang bertarikh 20 November 2017.

Berikut adalah petikan perenggan yang berkaitan;

“Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]:
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,347,679,800 untuk Maksud B.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan]

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]:
Tuan Pengerusi. Saya mencadangkan belah bahagi.

Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Apa dia Yang Berhormat?

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]:
Saya mencadangkan belah bahagi.
[Lebih 15 orang Ahli bangun minta diadakan belah bahagi]

Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]:
Ya. Saya kena lihat 15 orang dahulu. Ya.

Oleh sebab melebihi 15 orang bangun meminta diadakan belah bahagian, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46(4), saya memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang.
Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit”

Jelas bukan? Pengundian tersebut adalah berkenaan bajet untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan beroperasi bagi tahun 2018.

Namun, demi menutup kegagalan PH maka dua Ahli Parlimen PAS (YB Bukit Gantang dan YB Rantau Panjang) pula yang menjadi kambing hitam untuk dipersalahkan.

Sekiranya benar kononnya pengundian tersebut adalah usaha PH untuk membela rakyat yang sengsara dek kerana kenaikan kos sara hidup dan harga petrol, mengapa pula pemimpin tertinggi PH sendiri tidak hadir pada malam itu?

Mengapa mereka mahu menyembunyikan fakta bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah, Lim Kit Siang, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Azmin Ali, Tan Kok Wai, Nurul Izzah Anwar dan 20 orang Ahli Parlimen PH gagal hadir pada malam itu?

Hakikatnya, strategi ops serang hendap undian belah-bahagi itu gagal kerana pemimpin PH sendiri.

Demi menutup malu kerana PH gagal, lantas mereka pun menyerang Ustaz Idris Ahmad dan Kak Lah dengan pelbagai tuduhan fitnah, kutukan keji, dan penghinaan yang sangat jahat.

Mereke menuduh PAS telah menyelamatkan Kerajaan BN.  

PAS bukanlah parti komponen PH, jadi mengapa pula PH mahu sibuk memberi arahan dan tunjuk-ajar kepada PAS untuk ikut pendirian mereka?

PH memang tak tahu malu, mengharapkan undi PAS yang mereka hina sangat selama ini.

Oleh sebab Pakatan Harapan begitu ‘beriman’ dengan prinsip matlamat menghalalkan cara maka sebaiknya Pakatan Harapan ini ditukarlah namanya kepada Pakatan Penipu atau Pakatan Pemfitnah.

Saya mohon mencadang… – HARAKAHDAILY 24/11/2017

Penulis ialah Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS