Masalah pertanian rakyat wajar diberi perhatian

IPOH: Sektor pertanian terutama di kawasan Kerian mengalami beberapa masalah hingga mengakibatkan kerugian tinggi antaranya disebabkan haiwan perosak seperti monyet dan khinzir yang membawa kemusnahan tanaman.
 
Adun Gunong Semanggol, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hasan berkata, keadaan itu memberikan kesan kepada pendapatan penduduk terutama bagi mereka yang menjadikan pertanian hasil utama dan tinggal di luar bandar.
 
Beliau menyuarakan permasalahan tersebut dalam sesi perbahasan Bajet Perak 2018 di Sidang Dun Perak, semalam.
 
Zawawi memanjangkan isu pengurangan subsidi, selain masalah baja dan racun yang tidak sampai pada masa ditetapkan di mana keadaan berterusan sedemikian kesan terhadap kualiti pertanian bagi daerah Kerian. 
 
“Perkara ini perlu diberikan perhatian kerana ia mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, bahkan dapat menjana pendapatan penduduk Gunong Semanggol.
 
“Begitu juga projek pam Kerian seringkali dibawa ke dalam sidang dewan kerana kawasan Kerian antara daerah yang sentiasa menghadapi banjir.
 
“Adakalanya berlaku lebihan air dan pernah berlaku kekurang air walaupun hujan lebat, tetapi kolam Bukit Merah tidak mampu menampung air ke sawah padi,” ujar beliau.
 
Beliau mengharapkan pihak berkaitan melakukan kajian untuk mengatasi masalah tersebut dan turut mempersoal sama ada penggunaan kolam beralih kepada fungsi lain seperti menyediakan air bersih untuk kilang-kilang di Kamunting dan Taiping.
 
Disebabkan faktor yang dinyatakan itu ujarnya, menyebabkan fungsi kolam Bukit Merah untuk membantu pertanian dan penggunaan domestik mungkin terjejas. – HARAKAHDAILY 24/11/2017
Advertisement