Kisah suri hati Almarhum TGNA dibukukan

SURI Hati Tok Guru Nik Abdul Aziz, judul sebuah buku yang digarap oleh penulis Wan Nor Ainon Wan Abdullah wajar menjadi rujukkan khususnya kaum ibu.

Advertisement

Buku yang mengisahkan suri hati almarhum bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini setebal 106 muka surat.

Ia telah diterbitkan oleh Urusetia Pembangunan Wanita Kelantan (UPWK).{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Serentak dengan itu, pihak UPWK telah menyerahkan buku berkenaan pada Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak baru-baru ini.

Buku berkenaan diserahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri Kelantan, Mumtaz Md Nawi di kediamannya di Pulau Melaka.

Datin Tuan Sabariah memegang watak protagonis dalam buku berkenaan yang mengisahkan kehidupan beliau ketika muda, kemudian bertemu jodoh dengan almarhum Tuan Guru.

Kisah suka duka beliau membesarkan 10 orang zuriatnya, bagaimana waktu yang dimanfaatkan sebagai seorang isteri, sebagai isteri pemimpin tertinggi kerajaan, parti dan bersama masyarakat di ceritakan di dalam buku tersebut.

Harapan Mumtaz agar buku ini memberi peluang pada kaum ibu khususnya untuk meniru, meneladani dan mengguna pakai bagi mencontohi akhlak isteri Rasulullah SAW dengan melihat keadaan semasa.

“Sekiranya kita berasa Ummatul Mukminin itu jauh dari zaman kita, tetapi sekarang ini masih ramai isteri-isteri atau suri yang boleh dicontohi di zaman kita,” ujarnya.

Kata Mumtaz lagi, kejayaan Datin Tuan Sabariah menjadi contoh dalam kesibukan suaminya sebagai seorang pemimpin dan anak yang sangat ramai, beliau berjaya melahirkan satu keluarga insya-allah berjaya di dunia dan akhirat.

Buku ini boleh dibeli dengan terus ke Pejabat UPWK atau hubungi 09-7476569.{/mprestriction}