Mangsa banjir di Kelantan semakin meningkat

KOTA BHARU: Ekoran hujan lebat berterusan hari ini banyak jalan di beberapa jajahan yang terlibat dengan banjir mulai ditutup kepada kenderaan.
 
Menuru laporan portal eBanjir, jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah penutupan jalan paling banyak kepada kenderaan terutamanya kenderaan ringan.
 
Antaranya jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang di Km 3.2, jalan Sekolah Cina (Rantau Panjang), jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung di Seksyen 8, jalan Pengkalan Kubor-Jeram Perdah di Km 14-Km 22 dan Lubok Jong-Tanah Merah di Seksyen 24.
 
Manakala jalan Bukit Tuku-Batu Hampar di Km 9, jalan Banggol Kulim-Rantau Panjang di Km 1-Km 1.5 dan Jalan Bunga Raya di Km 0-Km 5 ditutup untuk semua kenderaan.
 
Di Kota Bharu pula laluan di Km 0.5 Kok Lanas-Selising ditutup kepada semua kenderaan.
 
Di Machang, sebanyak lima laluan terlibat dengan penutupan laluan iaitu jalan Jalan Sungai Mati Kerawang (Pengkalan Perahu) di Km 2, Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata Km 6.9, Jalan Pangkal Meleret-Limau Hantu Km 3.6, Batu  30 (Pangkal Cuit).
 
Jalan Pangkal Gong-Kemubu Km 1.5 dan Jalan Kampung Pek-Paloh Rawa Km 9, ditutup untuk kenderaan ringan.
 
Manakala sehingga jam 5.30 petang ini jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 3,102 orang.
 
Paling ramai di jajahan Kota Bharu seramai 832 orang, Pasir Mas (667 orang), Pasir Puteh (445 orang), Tanah Merah (439 orang), Mchang 364 orang) dan Kuala Krai (127 orang).
 
Maklumat terperinci mengenai banjir di negeri ini, orang ramai boleh melayari portal eBanjir. – HARAKAHDAILY 28/11/2017
Advertisement