Belum ada kenyataan Khalid sokong Umno

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata belum ada kenyataan rasmi daripada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyokong Umno.

Advertisement

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas pertanyaan wartawan berhubung kemunculan Khalid pada Konvensyen Umno Selangor 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra 2 Disember lalu.

“Belum ada kenyataan rasmi daripada beliau yang menyokong Umno, setahu saya, beliau hanya hadir. Kita berpegang kepada konsep taawun di mana yang mana ada masalah kita tolong. Sebagai contoh, masalah banjir yang berlaku kita bantu, tetapi dalam soal rasuah dan gst kita menentang,” jelasnya pada Majlis Makan Amal dan Perasmian Pertubuhan Cakna Yaman Malaysia di Restoran Aroma Hijrah TTDI, Shah Alam, malam tadi. – HARAKAHDAILY 4/11/2017

Laporan penuh menyusul dalam harakah cetak bilangan 2304