Cadang Tun M bukti PH tandus pemimpin

PAKATAN Harapan seharusnya melihat pimpinan yang lebih baik untuk masa hadapan bagi kepentingan rakyat Malaysia.

Advertisement

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tindakan PH meletakkan Tun Mahathir Mohamed sebagai calon Perdana Menteri seolah mereka ketandusan pimpinan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Katanya, sewajarnya PH melihat masa hadapan untuk memberi pilihan yang baru pada rakyat malaysia.

“Takkan seramai yang ada, Tun Mahathir saja yang layak, bagi saya zaman dia sudah berakhir,” ujarnya.

Datuk Amar berkata demikian ketika diminta mengulas bekas Perdana Menteri itu telah dicalonkan sebagai perdana menteri sekiraya pakatan itu menang pada PRU 14 akan datang.

Pada masa yang sama, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pula sebagai timbalannya.

Difahamkan cadangan tersebut dibuat ketika pemimpin Pakatan Harapan mengadakan pemukiman dua hari di Putrajaya Jumaat lalu. – HARAKAHDAILY 6/12/2017