Pelaksanaan 4 mutu perkhidmatan, tahniah Mavcom

TAHNIAH kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) kerana berjaya mengemukakan rangka kerja Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang yang akan dilaksanakan menjelang suku ketiga 2018, selesai pada akhir 2019.

Advertisement

Amat tepat pada masanya bagi pelaksanaan empat kategori kualiti perkhidmatan yang terdiri daripada i) kemudahan dan keselesaan penumpang; ii) kemudahan kakitangan dan pengendali; iii) masa beratur; dan iv) aliran penumpang dan bagasi. Bagi setiap kategori ini terdapat subseksyen seperti kebersihan bilik air, Wi-Fi, kedai minuman dan makanan dan kemudahan runcit lain yang terdapat di sana. Lain-lain termasuklah peralatan dan proses yang melibatkan aliran penumpang melalui kemudahan seperti lif, eskalator, “walkalator”, sistem trek-transit serta arah laluan/tanda arah.   

Perubahan itu akan memberikan manfaat kepada pengguna dalam mengurangkan masa beratur mereka, mendapat khidmat yang lebih baik, dan berharap dipertimbangkan bantuan bagi mereka yang mengalami masalah lutut.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) teruja untuk melihat perubahan yang akan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelancong setiap hari dengan pelaksanaan rangka kerja itu.- HARAKAHDAILY 7/12/2017