Mana janji Umno mahu bina tebatan banjir?

KERAJAAN Umno dan BN diminta menghentikan sikap dolak dalih pembinaan tebatan sungai di Kelantan.

Advertisement

Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, janji kerajaan BN untuk membinanya sejak RMK-9 hingga sekarang belum dilaksanakannya.

Menurutnya, setiap tahun rakyat Kelantan khususnya Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat  berhadapan banjir yang teruk.

Beliau berkata demikian ketika melawat kawasan yang dijanjikan untuk membuat tebatan banjir di Kampung Jeram Perdah, semalam.

“Tempat mereka tak naik air tetapi negeri Kelantan jadi mangsa akibat tebatan hanya dibuat sebelah pihak sahaja,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat menilai semula  bagaimana permainan kerajaan Umno dan BN yang sebenar dalam isu ini. – HARAKAHDAILY 8/12/2017