Amiruddin tidak dikenali rakyat sebelum PRK

DATUK Amiruddin Hamzah suatu nama yang tidak dikenali ramai sebelum bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Anak Bukit selepas kematian Datuk Fadzil Mohd Noor.

Advertisement

Namun hasil kerja keras ahli-ahli dan pendokong PAS membolehkan beliau diangkat sebagai wakil rakyat.

Maryam YahayaSeorang pemimpin PAS dari Cawangan Permatang Kenang, Maryam Yahaya berkata, ketika itu ahli dan penyokong PAS di Dun Anak Bukit kurang mengenali peribadinya.

“Walaupun tidak dikenali namun kami tetap walak kepada arahan pimpinan PAS yang mencalonnya bertanding di Anak Bukit.

“Itu sebab saya kata, memang beliau tidak mengenang budi dan lupa pengorbanan ahli-ahli PAS yang bekerja keras.

“Kalau dengan PAS yang memperjuangkan Islam beliau boleh angkat kaki begitu sahaja, tidak mustahil dengan parti-parti lain pun mengalami nasib serupa,” katanya ketika ditemui di Kuala Kedah.

Baru-baru ini Adun Anak Bukit yang menang atas tiket PAS sejak beberapa pilihan raya umum lepas mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Harun OmarHarun Omar dari Kubang Teduh berkata, PAS pernah berhadapan dengan perkara lebih besar apabila bekas Yang Dipertua Agung, Datuk Mohd Asri Muda menyertai Umno pada awal 1980-an. – HARAKAHDAILY 11/12/2017