RM40 juta wang rakyat hangus di Taman Ilmu

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) Terengganu disifatkan tidak berupaya menangani isu pembaziran projek Taman Ilmu, di Tembila, Besut yang melibat kos RM40 juta.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi negeri, A. Latiff Awang cuba mengelak menjawab jumlah sebenar pampasan dibayar kepada POSC TI Sdn Bhd.

Adun Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, kerajaan berbangga menjelaskan kepada Dun kejayaan mencari pelanggan baharu di Taman Ilmu, Besut.

Katanya, beberapa Institut Pengajian Tinggi (IPT) berminat menduduki sebahagian bangunan itu dengan syarat dibaiki kerosakan bangunan berkenaan.

“Persoalan yang perlu diketahui penyewa hanya membayar kembali wang yang mereka keluarkan bagi urusan penyelenggaraan, bukan hasil baharu kepada Taman Ilmu.

“Pendapatan RM1 juta setahun untuk selama 10 tahun. Jadi Unisza mengeluarkan dahulu perbelanjaan untuk membaik pulih dan imbal balik yang diperolehi Unisza ialah sewaan percuma.

“Hakikatnya kerajaan negeri yang menanggung kerana kita akan susut hasil sewaan,” katanya selepas persidangan Dun Terengganu hari ini. – HARAKAHDAILY 13/12/2017