Usahawan eksploitasi mudah terjebak rasuah

NEGARA ini mempunyai ramai usahawan yang mempunyai hubungan rapat dengan orang politik sehingga mudah terdedah kepada elemen rasuah.

Advertisement

Adun Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, ada dalam kalangan usahawan terbabit yang tidak dapat dinafikan terlibat dengan rasuah bagi mendapat sesuatu projek.

Manakala katanya pemimpin politik pula menyalahgunakan kuasa sehingga berlaku kerencatan dalam pembangunan dalam menyalur projek kepada kroni.

“Sebab itulah kita memerlukan golongan usahawan yang berdaya eksplorasi dan bukannya berminat dengan eksploitasi projek semata-mata.

“Usahawan eksplorasi lebih kreatif memanfaatkan segala ruang yang ada untuk mencipta kejayaan.

‘Mereka berusaha secara jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ahli perniagaan.

“Sebaliknya usahawan yang berdaya ekploitasi mendapat projek melalui saluran politik,” katanya ketika membahas Bajet 2018 pada persidangan Dun di Wisma Darul Iman. – HARAKAHDAILY 15/12/2017