Jentera penerangan mampu pengaruhi rakyat

JENTERA Penerangan merupakan agen penting bagi memperkenalkan PAS kepada masyarakat dan menjawab isu semasa yang berlaku.

Advertisement

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, tugas jentera penerangan umpama iklan yang dapat mempengaruhi minda pengguna.

Katanya, pelbagai medium yang boleh dimanfaatkan antaranya ceramah umum, kelompok, forum, kuliah-kuliah di masjid atau premis-premis tertentu.

Bagaimanapun menurutnya pendekatan yang diambil perlu bersesuaian dan dapat menarik sokongan masyarakat.

“Selain itu pendedahan penyelewengan BN dan isu-isu rakyat perlu diketengahkan supaya masyarakat mengetahui apa yang berlaku,” katanya ketika merasmikan Retreat Lajnah Penerangan, Dewan Muslimat PAS Malaysia, di Cameron Highlands, semalam.

Seramai 50 peserta mewakili negeri seluruh termasuk Sabah dan Sarawak menghadiri program tersebut. – HARAKAHDAILY 16/12/2017