Santai 2 Tayar ARC Serdang tarik ramai mat motor

ALTERNATIF Riding Club (ARC) Serdang dengan kerjasama ARC Selangor, berjaya menganjurkan ‘Santai 2 Tayar’ bertempat di Kawasan tapak pasar malam Taman Impian Ehsan, seawal jam 8 pagi orang ramai sudah mula berkumpul untuk bersama dalam program ini dan berkahir jam 12.30 tengahari.

Advertisement

Program ini berjaya capai sasaran dengan kehadiran hampir 200 buah motorsikal dikalangan anak-anak muda dan juga penduduk tempatan, Santai 2 Tayar dimulakan dengan servis tukar minyak 4T secara percuma yang di kendalikan oleh NB motor sebuah kedai motorsikal milik usahawan muda Melayu yang menggelar dirinya Abang Naim serta rakan-rakannya.

Santai 2 tayar disajikan cendol istimewa sambil menunggu motorsikal untuk diservis, pelbagai aktiviti menarik yang dapat dijalankan sepanjang program antaranya lumba motor lambat, lumba tolak motor dan pameran motor. Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk diberikan kepada pemenang yang telah disampaikan oleh Ketua Cawangan Pas Taman Impian Ehsan, Azmale Amzah. Antara maklum balas pengunjung yang hadir ialah mereka berasa teruja dengan program seperti ini yang pertama kali diadakan di Taman Impian Ehsan. Mereka berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Program ini dianjurkan bersama PAS cawangan Impian Ehsan, JKP Impian Ehsan dan juga penaja rasmi kedai motorsikal milik usahawan muda Melayu NB MOTOR. Santai 2 Tayar turut diserikan dengan kehadiran Adun kawasan Bangi dan juga YDP PAS Kawasan Serdang Ustaz Shafie Ngah. Dalam ucapan perasmian program ini, Ustaz Shafie memuji dan berasa bangga atas usaha murni yang dibuat oleh sebuah kelab motorsikal ARC dan dibantu PAS cawangan serta JKP jawatankuasa penduduk Impian Ehsan yang turun padang bersama-sama penduduk tempatan dalam program khidmat kepada rakyat khususnya kepada penduduk Taman Impian Ehsan. Dalam ucapannya lagi, beliau berharap agar kelab ARC akan terus kekal program kebajikan seperti ini dan dapat menarik lebih ramai lagi anak-anak muda sertai ARC. Di akhirnya Ust Shafie menyarungkan sarung kepala kepada Pengarah ARC Selangor Hafiz Rois yang turut hadir dalam program ini.

Dalam ditemubual, Hafiz Rois mahu agar program kebajikan seperti ini akan dijadikan sebagai platform kepada ARC Selangor untuk lebih menjiwai aktiviti permotoran dan berukhuwwah bersama-sama dalam istilah Mat Motor dan masyarakat dengan slogan yang dibawa oleh ARC iaitu ‘We Ride 4 Charity’ dan juga Riadhah-Ukhuwwah-Dakwah. – HARAKAHDAILY 17/12/2017

ARCsantai 2

ARCsantai 3

ARCsantai 4

ARCsantai 5

ARCsantai 6

ARCsantai 7