Guru perlu didedah pengurusan disiplin

DrZulkefleeY

KEMENTERIAN Pendidikan wajar menggubal kursus pengurusan disiplin dan hal ehwal murid kepada semua kursus pendidikan khusus bakal guru sebagai subjek major dan prasyarat kelayakan iktisas guru.

Advertisement

Yang Dipertua Kasih Anak Yatim Malaysia (KAYMA), Dr Zulkeflee Yaacob berkata, guru tidak dilatih secara formal dan tiada kursus major pengurusan disiplin dan hal ehwal murid.

Katanya tiada kursus tersebut sepanjang pengajian perguruan sama ada di maktab atau di universiti.

“Kurikulum pengajian hanya sisipan pedagogi perilaku kawalan kelas sahaja dirumus tidak nencukupi mendepani masalah pelajar dewasa ini,” katanya di sini.

Oktober lepas seorang guru di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak di Nilai, Negeri Sembilan, Azizan Manap dihadap ke mahkamah atas tuduhan memukul seorang pelajar.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan  boleh dihukum setahun penjara, denda RM2,000 atau kedua-dua sekali.

Bagaimanapun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit dilapor memberitahu guru tersebut terpaksa bertegas terhadap pelajar berkenaan yang didakwa terbabit perbuatan menghidu gam, bergaduh dan membuli. – HARAKAHDAILY 18/12/2017