Seminar keibubapaan ke arah kesejahteraan keluarga

KELANA JAYA: Ikatan Professional Prihatin (IPP) dengan kerjasama Ahli Majlis Bandaraya Subang Jaya, PASTI Kelana Jaya dan Ameerah Kelana Jaya akan menganjurkan Seminar Ibu Bapa Sejahtera di Dewan D’Kelana, Jalan Stadium SS7/15 Kelana Jaya, di sini 24 Disember depan.
 
Seminar ini akan membicarakan banyak topik penting berhubung pendidikan anak-anak secara kupasan asas dan isu serta pandangan penyelesaian oleh panel dan pendakwah berpengalaman dalam topik tersebut pembentangan seminar separuh hari itu.
 
Najmi Haniffah yang merupakan penulis bersama Buku ‘3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensil Warna’ dan Pengetua Sri Aria School, Nur Edzati Kamaluddin akan membicarakan tajuk ‘Pendidikan Awal Kanak-kanak’.
 
Manakala Pengarah Akademi Keluarga Fitrah, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki yang akan mengupas tajuk ‘Mendidik Anak-anak Cara Rasulullah’.
 
Seterusnya pada slot terakhir beliau akan berforum bersama Penasihat Usrah Fitrah, Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari membicarakan isu bertajuk ‘Mendidik Anak Alaf Baru, Bekalan dan Cabaran’.
 
Sebagai keselesaan kepada peserta, seminar ini turut menyediakan khidmat penjagaan anak-anak bawah 4 tahun, selain sarapan pagi dan tengah hari serta fail dan dokumen untuk rujukan peserta. 
 
Peserta turut berpeluang untuk berinteraksi bersama panel pada sesi soal jawab yang disediakan pada setiap slot.
 
Sehubungan itu masyarakat setempat dijemput hadir untuk sama-sama memperdalam ilmu keibubapaan demi kesejahteraan keluarga. – HARAKAHDAILY 18/12/2017
Advertisement