Pendirian Interpol bukti Dr Zakir Naik tidak bersalah

zakir n

PENDIRIAN Interpol menolak untuk mengeluarkan ‘red-corner notice’ terhadap pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik membuktikan beliau tidak bersalah sepertimana yang didakwa sesetengah pihak.

Advertisement

Menurut laporan akhbar The Star bertajuk ‘Interpol cancels red-corner notice on Zakir Naik’ pada Ahad yang lalu menunjukkan bahawa pihak Interpol telah menolak permintaan ‘the National Investigation Agency’ (NIA) bagi mengeluarkan arahan notis merah terhadap Dr Zakir Naik.

Tindakan NIA merujuk perkara tersebut kepada Interpol adalah bagi mengesahkan dakwaan mereka kononnya Dr Zakir Naik terlibat dengan aktiviti keganasan. Namun, jelas dakwaan mereka sama sekali meleset.

nasrudinPAS menegaskan bahawa Dr Zakir Naik bukanlah seorang pengganas tetapi hanya seorang pakar pembandingan agama yang telah mengislamkan ramai orang di seluruh dunia menggunakan kekuatan hujah beliau. Dakwaan yang dikeluarkan NIA kemudian disahut oleh sesetengah ahli politik di Malaysia kononnya beliau terlibat dengan aktiviti keganasan ternyata tidak benar.

Ini hanyalah alasan bagi mereka yang tidak mampu menangkis hujah yang dikemukakan oleh beliau. Maka, bagi mereka cara ‘kekerasan’ adalah jalan terakhir bagi ‘menutup mulut’ pendakwah-pendakwah Islam.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hasan
Ketua Penerangan PAS Pusat
30 Rabiul Awwal 1439 / 19 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 19/12/2017