Batasan perkenalan lelaki dan perempuan

SOALAN: Bolehkah Ustaz jelaskan tentang hukum berkenalan antara lelaki dan perempuan dan batasannya dalam Islam.  

Advertisement

Jawapan: Sudah habis alam sekolah, ia dipanggil hendak bernikahlah pula. Orang perempuan umur 15 tahun eloklah bernikah. Ia umur tahun terakhir haid. Biasa orang perempuan Melayu haid umur 13 tahun. Ada yang berumur 12 tahun. Lazimnya berumur 11 hingga 13 tahun. Kalau di Sweden lewat sedikit. Perempuan di Sweden berumur 15 atau 14 tahun baru datang haid sebab mereka berada di negeri sejuk. Kita di negeri panas. Jadi yang terbaik umur 15 tahun. 15 tahun molek bernikah.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Tapi umur 15 tahun baru tingkatan tiga, tidak tahu apa benda pun lagi. Kalau begitu, berumur 17 tahun. Tapi umur 17 tahun hendak ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula. Kalau begitu, ketika berumr 18 tahun. Tapi ketika berumur 18  tahun tidak boleh sebab hendak masuk maktab. Kalau begitu, ketika berumur 21 tahun. Tapi ketika berumur 21 tahun tidak boleh sebab hendak buat diploma. Rehat setahun. Buat diploma ambil masa 2 tahun. Bagi menyambung pelajaran seterusnya, umur makin meningkat. Jadi kalau begitu, hendak bernikah ketika berumur 28 tahun? Sedangkan ketika berumur 28 tahun sudah tiada orang masuk meminang. Kalau ada pun sudah jadi murahlah harganya. RM15 atau RM16 sahaja harganya bila sudah berumur 28.

Kalau yang meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi untuk jadi doktor pakar pula, habis belajar ketika berumur 32 tahun, sedangkan ketika itu tiada suami. Kita sudah selalu beritahu perkara macam ini. Jadi bila sudah lewat, sudah banyak benda yang kita rugi. Ketika kita berumur 45 tahun, baru hantar anak ke sekolah tadika. Anak tingkatan 3, emak sudah tidak kuat lagi, rebah memanjang dalam longkang. Sekejap rebah dan terjatuh dalam longkang hingga tersembam dan kaki ke atas. Maklumlah emak ketika itu sudah tua. Ia akan jadi macam itulah.  

Jadi dalam alam belasan tahun yang sudah hendak bernikah, tidak boleh kita berkenalan dengan lelaki, haram, melainkan laki-laki itu kita hendak buat suami. Habis zaman sekolah, haram juga berkenalan dengan laki-laki. Walau cara mana sekali pun tidak boleh. Kawan sama-sama perempuan tidak apa. Carilah kawan sama-sama perempuan, biar sampai ke hujung dunia, sampai ke Amerika, Kanada, tiada hal, sama-sama perempuan, dengan kafir pun boleh. Dengan orang laki-laki tidak boleh juga, melainkan niat hendak bernikah.

Tapi bila niat hendak bernikah, tidak boleh berjumpa di tepi-tepi jalan macam itu. Kena di rumah sahaja, kemudian ditemani oleh mahram. Ia macam itu. Atau pun kata setengah ulama, tidak boleh berjumpa juga, kena beri kepada mahram, bukan berjumpa. Maknanya pesanan-pesanan apa-apa, hendak kirim kepada yang lelaki buah jampu air, sebab yang lelaki itu suka sangat jambu air, hendak kirim aiscream dan sebagainya kepada yang lelaki, kirim kepada ayah dia sahaja. Tidak boleh disampaikan terus oleh perempuan kepada lelaki. Nanti kalau disampaikan terus atau pergi jumpa dengan lelaki, ditarik tangan yang perempuan itu oleh lelaki berkenaan. Maklumlah, tidak boleh kira, dia masyuk syeikh (sudah bercampur dengan nafsu).

Hukum simpan gambar perempuan

Soalan: Apakah hukum menyimpan gambar perempuan yang bukan mahram, bukan isteri dalam apa juga bentuk.

Jawapan: Ia ada kalanya boleh dan ada kalanya tidak boleh. Kita simpan gambar perempuan, awek kita, girl friend kita kerana kita hendak tengok malam-malam, maklumlah kalau sudah ada gambar bolehlah tengok, tidak boleh. Hendak ambil keseronokan tengok, tidak boleh. Kita simpan gambar orang perempuan kerana dia pekerja kita, kita majikan dia, jadi kita simpan gambar-gambar orang yang bekerja dengan syarikat kita. Semua orang yang bekerja di syarikat kita, kita ambil gambar belaka, masa dia serah borang ada gambar belaka, jadi kita simpanlah gambar-gambar itu, yang itu lain, dibolehkan pada syarak, atau yang seumpama dengannya. Yang tidak boleh, tujuan lihat untuk memuaskan nafsu. Nafsu tidak mesti kita jimak dia. Tengok pun sudah nafsu. Tujuan simpan, hendak dilihat, kerana kecantikan dia, tidak boleh.

Tapi maknanya kalau benda yang diharuskan pada syarak, tiada masalah. Kita ambil gambar orang perempuan itu kerana hendak ditunjuk kepada ibu bapa kita kerana hendak masuk meminang kalau berkenan, yang itu tiada masalah. Kita kata, “Boleh ke minta gambar dengan keluarga dia, aku hendak tengok. Kalau aku berasa berkenan aku hendak pergi ke rumah dia, hendak bawa emak ayah aku untuk masuk meminang.” Yang itu dibenarkan syarak juga.

Tapi kita hendak pesan satu, kalau orang perempuan, jangan ambil gambar di kedai orang kafir selama mana ada kedai orang Islam. Jangan, tidak boleh. Orang lelaki tiada apa. Gambar kita ini, orang perempuan, anak dara kita, isteri kita, jangan bagi duduk pada tangan orang kafir. Yang lepas-lepas hendak buat macam mana. Yang akan datang jangan ambil gambar di kedai orang kafir. Ia macam itu. Kita orang lelaki tiada apa. Orang perempuan ini, ia lain, “Arma atu auroton” bukan? Ia banyak jagaan di sisi syarak. Yang akan datanglah, hendak bawa adik ambil gambar hendak buat lesen dan sebagainya, ambil gambar di kedai orang Islam. Jangan ambil gambar di kedai orang kafir kerana tidak mulia kalau anak, isteri kita gambarnya ada pada tangan orang kafir. Tidak mulia jadi macam itu. Itu setengah daripada Islam juga. Jadi masing-masing jagalah.

Macam sekarang memang berat benarlah. Memang semata-mata hendak berseronok. Hanya ‘sent’ mms gambar melalui hand phone. Yang perempuan hantar gambar kepada yang lelaki, yang lelaki hantar gambar kepada yang perempuan. Duduk main macam itulah. Duduk main tengok gambar macam itulah, apa benda boleh? Jadi, bila sudah rindu, mesej. Lepas itu, hantar mesej, “Jom keluar.” Kalau sudah keluar, punah. Asalnya tidak bawa kerosakan apa-apa, setakat hantar gambar muka sahaja. Tapi kalau sudah kamu tengok muka aku, aku tengok muka kamu, tersenggeh macam itu, macam beruk, akhirnya ajak keluarlah pula. Ajak keluar, terus punah (rosak). Tidak nanti berzina, pegang saja sudah punah, atau pun orang pandang, membonceng motorsikal, sudah punah. Maruah yang punah.

Pada mulanya tidak punah lagi, akhir-akhirnya dengan badan, dengan jiwa raga diserahkan kepada lelaki itu, sebab sudah rapat. Keluar sudah 15 kali. Makan sudah 40 kali dibelanja makan oleh lelaki. Hadiah bunga sudah 18 kali diberikan. Hadiah jam sudah dua tiga pasang. Akhirnya yang perempuan serah jiwa dan raga dan segala-galanya kepada yang lelaki. Itu yang terjadi sekarang. Jangan mainlah. Maka “Saddul zaro’aek”, Islam ini ia kerat dari awal takut akibat yang kemudian. Asal tidak parah mana setakat gambar, tapi ia sudah kerat (potong) takut larat sebab kita ini memang larat. Apatah lagi dengan orang perempuan. “Zullinalin nas hubbus syahawati minannisa al-ayah”, Allah ciptakan bagi orang lelaki ini, ia memang paling seronok sekali dengan orang perempuan.

Siapa yang tengok orang perempuan cantik tiada berasa apa? Dia tidak minat orang perempuan? Tiada yang macam itu. Tuhan sudah ciptakan manusia ini, kalau orang lelaki, dia minat kepada orang perempuan. Maka oleh kerana minat kepada orang perempuan itu, ia ada halangan-halangan syari’e. Orang perempuan begitu juga. Timbal balas. Oleh kerana minat sama minat itulah, Allah “tasyrik” kan nikah, diharamkan zina. Dalam proses nikah itu pula, ia ada syarat-syarat, ada rukun-rukunnya. Bukan bebas macam itu, macam kambing. Bila sudah puas dengan yang itu, dikelek yang ini pula. Bila sudah puas dengan yang ini, diusung yang itu pula. Bukan macam itu. Janganlah macam itu. Kita ini biarlah mulia.{/mprestriction}