Sebenarnya PAN sertai PPBM di Kubang Pasu

MASILAN Murad yang dilapor ahli PAS Pulau Nyiur didakwa menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebenarnya sudah lama menyertai Parti Amanah (PAN).

Advertisement

Ustaz Zulhazmi OsmanYang Dipertua PAS Kubang Pasu, Ustaz Zulhazmi Osman berkata, program penyerahan borang keahlian tersebut sebenarnya ahli PAN menyertai PPBM dan bukannya penyokong PAS seperti yang dicanangkan.

“Bagi PAS Kubang Pasu terutama Cawangan Alor Batu propaganda seumpama itu tidak menjejaskan pendirian dan istiqamah ahli-ahli terhadap PAS.

“Malah ia lebih menaikkan semangat ahli dan pendokong PAS untuk lebih bekerja keras,” katanya di sini.

Pemimpin PPBM Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilapor mendakwa seramai 97 ahli PAS Cawangan Alor Batu menyertai PPBM baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 25/12/2017