1MDB: Segelintir pihak senang, rakyat derita

SAYA rasa terpanggil untuk berkongsi cerita bagaimana duit kita kena curi. Saya katakan duit kita kerana 1MDB adalah sebuah syarikat milik kerajaan berada di bawah Kementerian Kewangan.

Advertisement

Duit 1MDB kerajaan yang bagi dan duit kerajaan pula semua orang maklum adalah dari rakyat yang membayar cukai.

Kita adalah rakyat, maka duit 1MDB adalah duit kita semua. Kejadian berlaku pada  September 2009 iaitu di antara 18 September 2009 sehingga 30 September 2009, itulah sebabnya kita kata 12 hari. {mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Strategi 3C – “Convince”, “Confuse” dan “Con” telah digunakan dengan berkesan dalam skandal ini.
Sumber utama maklumat dalam cerita ini adalah dari Laporan PAC Parlimen ke-13 bertarikh 7 April 2016 setebal 106 mukasurat.

PAC  adalah singkatan kepada Public Account Committee atau dalam bahasa Melayu dipanggil Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Kedudukan jawatan kuasa ini hanya satu level di bawah parlimen dan mempunyai autoriti untuk memanggil Jabatan Audit Negara (JAN) dan meminta JAN menjalankan audit.
Tambahan pula PAC dianggotai oleh ahli ahli parlimen pelbagai parti yang dipengerusikan anggota parlimen BN Rompin, Dato’ Hassan Ariffin.

Jumlah ahli PAC dari BN adalah 9 orang, DAP (2 orang), PKR (2 orang) dan seorang dari PAS.
Terdapat empat syarikat yang mengguna pakai nama asas yang serupa Petro Saudi telah ditubuh dan didaftarkan di tempat yang berbeza. Tujuannya adalah untuk mengelirukan. Syarikat syarikat itu ialah:
(1) Petro Saudi International Limited ditubuhkandi Arab Saudi, nama ringkasnya PSI.
(2) Petro Saudi International Limited ditubuh di Pulau Seychelles, nama ringkasnya PSI.
(3) PetroSaudiInternational Limited ditubuhkankan di Pulau Cayman, namaringkasnya PSI
(4) Petro Saudi Holding (Cayman) Limited didaftarkan di Pulau Cayman, nama ringkasnya PSH.

Tanggal 18 September 2009 adalah tarikh yang penting dalam skandal kehilangan RM4,000 juta kerana pada hari inilah:
a) Syarikat Petro Saudi Holding (Cayman) Limited, PSH didaftarkan di Pulau Cayman.
b) Syarikat 1MDB Petro Saudi didaftarkan di British Virgin Island (BVI) oleh PSH.
c) Pemakluman buat kali pertama kepada BOD 1MDB akan kerjasama 1MDB dengan Petro Saudi.
d) BOD 1MDB meuluskan kertas cadangan usahasama antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Arab Saudi.

1MDB Petro Saudi adalah syarikat usaha sama atau JV antara 1MDB dengan Petro Saudi International dengan pegangan saham 40 peratus : 60 peratus. Apa yang sepatutnya berlaku adalah kerjasama antara 1MDB dengan Petro Saudi International dari Arab Saudi tetapi yang berlaku adalah termeteri JV antara 1MDB dengan Petro Saudi Holding (Cayman) Limited dari Pulau Cayman.
Di muka surat 99, Laporan PAC menyebut “Dalam perjanjian usaha sama bertarikh 28 September 2009, Petro Saudi Holding (Cayman) Ltd.

Dirujuk dengan singkatan PSI, manakala Written Resolution of the Sole Director of the Company yang ditandatangani oleh Tarek Obaid, merujuk Petro Saudi Holding (Cayman) Ltd. sebagai PSH.  
Kenyataan media 1MDB bertarikh 30 September 2009 mengumumkan termeterinya usaha sama antara 1MDB dan Petro Saudi International yang dirujuk sebagai PSI.  

Malah ahli Lembaga Pengarah 1MDB sendiri tidak menyedari akan perkara ini. Ini menjelaskan berlaku penipuan yang dirancang.

Sebagai perbandingan seperti Wan Embi dari Malaysia sepatutnya berkahwin dengan Putera Ahmad dari Arab Saudi tetapi dikahwinkan dengan Putera Ahmad dari Pulau Cayman.
Hantaran belanja yang sepatutnya diserahkan kepada bapa Wan Embi telah diserahkan kepada pengapit pengantin Putera Ahmad Pulau Cayman.

Sepuluh hari selepas syarikat 1MDB Petro Saudi iaitu didaftarkan iaitu pada 28 September 2009 telah diadakan suatu majlis menandatangani perjanjian usahasama di antara 1MDB, 1MBD Petro Saudi dan Petro Saudi Holding di Kuala Lumpur.

Turut hadir menyaksikan tandatangan ini ialah Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak. Kehadiran Najib untuk menyaksikan tandatangan tersebut atas kapasiti seorang Perdana Menteri telah memberikan keyakinan kepada pelbagai pihak.

Antara isi perjanjian tersebut adalah pengakuan dan persetujuan yang menyatakan Petro Saudi Holding (Cayman) Limited telah memberi pinjaman pendahuluan sebanyak USD700 juta kepada 1MDB Petro Saudi dan ia mestilah dibayar balik sepenuhnyapada 30 September 2009.  

Dengan kata lain antara isi perjanjian tersebut adalah Petro Saudi Holding pada hari itu telah memberi hutang USD700 juta kepada 1MDB Petro Saudi dan hutang itu mesti dibayar balik sepenuhnya dua hari kemudian.

Satu transaksi kewangan besar yang sangat pelik. Tidak pernah dibuat orang tapi ia berlaku di hadapan Perdana Menteri Malaysia.

Pada tanggal 30 September 2009, sejumlah wang USD700 juta telah dipindahkan dari Deutsch Bank di Kuala Lumpur ke akaun 11116073 di RBS Coutts Bank Limited, milik sebuah syarikat lain yang tidak terlibat dalam projek usahasama ini.

Pada hari yang sama juga sejumlah USD 300juta dipindahkan ke akaun 7619400 di J.P Morgan (Suisse) SA.  

Kedua-dua bank itu terletak di Switzerland. Pindahan wang tersebut dikatakan dengan kebenaran dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Di sinilah liciknya permainan mereka kerana berjaya meyakini pegawai bank walau pun pihak bank menyedari pindahan yang dibuat adalah begitu besar dan tergesa gesa.

Jika dirujuk kepada dokumen saman Department of Justice (DOJ) Amerika terhadap “The Wolf of Wall Street motion picture including any rights to profits, royalties and distribution proceeds owed to Red Granite Pictured inc. or it Affiliates and/or Assigns.”

Pada mukas urat 25 perenggan 70 dan 71 ada menyatakan:
70.  At approximately 3:14 p.m., Deutsche Bank transmitted to RBS Coutts a SWIFT payment order requesting that $700 million be credited to an account at RBS Coutts. The SWIFT message did not identify the owner of the RBS Coutts account, but the account number listed on the SWIFT as a recipient of the $700 million wire transfer was the number of the Good Star account.
71. Approximately 6 minutes later, at about 3.20 pm, Deutsche Bank transmitted a second SWIFT payment order to J.P Morgan requesting that $300 million to be credited to an account at J.P Morgan (Suisse). As with the other SWIFT message, the SWIFT message for the $300 million wire transfer did not identify the owner of the beneficiary account.  The account number listed in the SWIFT for the $300 million wire transfer matched for the J.P Morgan JV account.
Jika diperhatikan maklumat hari kedua-dua sumber iaitu Laporan PAC dan DOJ tidak ada sebarang percanggahan, malah saling lengkap melengkapi. Dengan begitu mudah lenyaplah duit sebanyak USD 1 billion yang bersamaan dengan RM4.0 billion atau RM4,000 juta.

Modus Operandi 3C – “Convince”, “Confuse” dan “Con” telah digunakan dengan berkesan dalam skandal ini. Orang lain bersenang lenang, rakyat pula yang menanggung hutang.{/mprestriction}