Kerajaan teknokrat laksana WINS

KETIKA rakyat bercelaru untuk memilih semula BN atau tidak pada PRU ke-14 nanti, Tun Mahathir, Pengerusi PH didakwa menawarkan diri menjadi Perdana Menteri semula selepas PRU ke-14 dengan disokong oleh 3 daripada 4 parti komponen PH kecuali PKR.  

Advertisement

Pakatan Harapan yang dilihat sebagai saingan terdekat BN sendiri pun ‘masih kabur’  untuk membentuk sebuah kerajaan yang dinamik bila Dato’ Seri Anwar Ibrahim, satu-satunya calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat sebelum ini terpaksa merengkok dalam penjara akibat kesalahan jenayah yang dikenakan keatas beliau.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Perdana Menteri (yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong) hendaklah seorang anggota Dewan Rakyat yang, pada hemat Yang di-Pertuan Agong, mendapat kepercayaan majoriti anggotanya. Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai sebarang peruntukan yang menyebut tentang jawatan timbalan perdana menteri.

Kini Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi Parlimen, maka perdana menteri mestilah seseorang yang disokong oleh 112 orang anggota Dewan Rakyat. Persoalan di sini, mampukah PAS dan sekutunya mendapatkan  112 kerusi yang diperlukan bagi mendokong Kerajaan Teknokrat yang dicadangkan ini berjaya direalisasikan.

Bila saya menulis, ‘Pasca PRU14, Kerajaan Teknokrat di Malaysia’, beberapa orang kenalan mula termasuk ahli politik mula bertanya, siapakah pada pandangan saya tokoh yang akan menerajui kerajaan teknokrat tersebut jika benar-benar berlaku.   

Siapa

Siapakah teknokrat yang ada pengalaman dalam bidang ekonomi, pentadbiran dan memahami hubungan politik antarabangsa yang dilihat sesuai boleh dicadangkan untuk memimpin negara bagi mendapat sokongan majoriti ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat untuk dilantik oleh Yang Dipertuan Agong bagi memimpin kerajaan teknokrat sebagai satu pilihan bila  parlimen baru dibentuk nanti.

Pada saya, idea kerajaan teknokrat yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini  untuk dibentuk di Malaysia sekarang ini cukup baik bagi menyelesaikan segala permasalahan ekonomi dan politik yang ada sekarang ini. Tetapi tidak dapat dipastikan, apakah PAS dan sekutunya dalam Gagasan Sejahtera yang ada parti Ikatan, Berjasa dan PCM serta NGO-NGO dibawah Kongres Rakyat mampu mendapat 112 kerusi parlimen bagi mendokong kerajaan teknokrat dibentuk.

Oleh itu, jika BN ditewaskan dan PH tidak dapat membentuk kerajaan baru maka Perdana Menteri baru daripada kerajaan baru yang ditunjangi ‘kerajaan teknokrat’ nanti, sebaik-baiknya hendaklah seorang anggota Dewan Rakyat yang berasal daripada parti politik yang memenangi bilangan kerusi parlimen yang dapat  menyakinkan mendapat sokongan 112 kerusi Dewan Rakyat,

Saya tinggalkan dahulu persoalan ini untuk difikirkan oleh pimpinan parti-parti politik yang mendapat kerusi dalam parlimen nanti sama ada untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan atau Barisan Nasional atau gagasan Sejahtera setelah PRU ke-14 nanti jika PAS dan sekutunya mendapat lebih daripada 40 kerusi yang disasarkan tetapi tidak cukup 112 kerusi yang diperlukan bagi membentuk kerajaan teknokrat.

Realiti politik Malaysia menolak kemungkinan lahirnya seorang Perdana Menteri daripada DAP walaupun tidak mustahil boleh berlaku jika DAP mempunyai calon yang sesuai. Tetapi saya masih berkeyakinan, Perdana Menteri Malaysia pasca PRU ke-14  masih seorang melayu/muslim dari parti-parti politik yang dominan tetapi boleh mendokong dan memberikan  laluan kepada idea penubuhan kerajaan teknokrat di Malaysia.    

Bila parlimen ‘hung’ selepas PRU ke-14, Gagasan Sejahtera bolehlah nanti berusaha dibentuk “BN Sejahtera” atau “PH Sejahtera” bergantung kepada mana-mana pihak yang dapat menerima dokumen Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS)  yang telah diasaskan oleh PAS untuk dilaksanakan oleh kerajaan teknokrat yang dibentuk.

WINS2051

Sebagai alternatif kepada Transformasi Nasional 2050 (TN50), satu Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS 2051) yang merupakan model pemerintahan Islam yang akan dilaksanakan bagi mengganti sistem pemerintahan pada hari ini..

Saya tidak sempat untuk memperincikan apakah kandungan dan perbezaan antara WIN2051 dengan TN50 yang digembar gemburkan sekarang ini. Saya pun tidak pasti pula apa kerangka atau wawasan PH terhadap negara Malaysia ni. Apa yang ada disebut adalah agenda 100 hari jika PH diberikan mandat.       

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marsuki berkata, sistem pemerintahan ciptaan manusia terbukti semakin rosak dan tidak menyelesaikan pelbagai masalah masa kini. Menurutnya, untuk menghadapi 1001 masalah yang timbul pada hari ini adalah dengan keluar daripada sistem manusia ini dan kembali kepada sistem Allah dan manhaj Islam.

Terang beliau, masalah sosial dan jenayah di negara ini tidak pernah selesai, bahkan semakin teruk berpunca dari model sistem pemerintahan dan pentadbiran berasaskan akal dan ideologi manusia.

 “Kita nak ubah dan bina semula negara dengan berpandukan sistem Islam yang memberikan kesejahteraan kepada negara secara menyeluruh,” ulas beliau
 
Perkara itu terang beliau, disusun secara sistematik oleh pakar-pakar dalam PAS dalam bentuk sebuah dokumen yang dikenali sebagai WINS 2051 itu dan telah dilancar pada FASTAQIM 2.0 di Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini oleh Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS sendiri.{/mprestriction}