Wakil rakyat PAS bantu pengusaha bot

bot 2

SERAMAI 18 pengusaha bot penambang menerima sumbangan wang tunai serta barangan keperluan harian daripada Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Advertisement

Beliau berkata, tanggungjawab membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik bukan sahaja terletak di bahu kerajaan, sebaliknya masyarakat perlu memain peranan.

“Saya selalu sebut bantuan yang diberi kepada orang susah bukan sahaja tugas kerajaan tetapi juga masyarakat. Ini kerana Islam mengajar kita konsep zakat dan sedekah.

“Kita hendak membina masyarakat yang prihatin kepada rakan sendiri, jiran sendiri sebagaimana dituntut oleh agama,” katanya pada Program Cakna Mesra Bersama Pengusaha Bot Penambang di Jeti Penambang, Kampung Seberang Takir, baru-baru ini.

Pada program tersebut pengusaha bot terbabit menerima barangan keperluan harian termasuk beras, gula, bihun dan minyak masak. – HARAKAHDAILY 27/12/2017

bot 1

bot 2