PAS Dun Kuala Sentul santuni veteran

MARAN: PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Sentul telah menganjurkan program ziarah kepada para Veteran PAS di Felda Jengka 3, di sini semalam.
 
Ziarah tersebut diketuai Pengarah Jabatan Pilihan Rayanya, Md Nasir Taib dan turut disertai Penyelaras PAS Dun Kuala Sentul, Fazil Azmi Nadzri.
 
Program tersebut bertujuan mengeratkan hubungan serta menyantuni para veteran terutama mereka yang mengalami masalah kesihatan.
 
Sempena ziarah itu juga PAS Dun Kuala Sentul turut menghulurkan sumbangan sebagai meringankan sedikit beban hidup dihadapi para veteran tersebut.
 
Selain itu, menerusi ziarah tersebut menjadi medium perkongsian maklumat semasa kepada mereka yang berhalangan hadir ke program parti kerana keuzuran. – HARAKAHDAILY 30/12/2017
Advertisement