Pergaulan bebas lelaki perempuan perancangan orientalis

SOALAN: Ada pihak yang mengatakan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dalam masyarakat kita sekarang berpunca dari sistem persekolahan di negara kita yang rosak sehingga condong kepada unsur kebaratan, sehingga lelaki dan perempuan boleh berkenalan dengan bebas di sekolah-sekolah ketika di peringkat remaja lagi. Bagaimana pandangan Ustaz dalam hal ini?

Advertisement

Jawapan: Ini juga satu masalah besar yang kita memang sudah tidak boleh hendak bendung. Masalah yang kita tidak perasan bahawa ini adalah masalah. Kita ingat tiada masalah, tetapi yang sebenarnya ini adalah satu masalah, iaitu berkenalan antara lelaki dengan perempuan.

Dalam hal ini, terdapat 3 jenis perkenalan. Ini pula tertakluk kepada tiga peringkat umur. Yang pertama, sebelum daripada zaman sepatutnya berkahwin iaitu masa remaja. Kedua, zaman yang sepatutnya berkahwin. Ketiga, zaman selepas daripada bertunang. Orang perempuan pula ada 3 keadaan. Pertama, masa dia sudah bertunang. Kedua, masa belum bertunang. Ketiga, masa dia masih budak-budak remaja lagi.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Masa remaja, haram lelaki berkenalan dengan perempuan. Tidak boleh. Tapi inilah yang berlaku sekarang. Ini boleh kita tengok di sekolah-sekolah. Di sekolah sekarang menjadi tempat perkenalan antara lelaki dan perempuan. Sebab itu kajian daripada orientalis, iaitu orang kafir yang kerjanya membuat kajian untuk menghancurkan agama Islam, mendapati orang Islam sememangnya hebat. Mereka lalu membuat kajian, sebab apa Islam ini jadi gagah, jadi maju dan sebagainya. Jawapannya ialah sebab Islam ini mentaati prinsip-prinsip agama itu sendiri. Taat kepada perintah Tuhan, berpegang teguh dengan ajaran Nabi sebab itu Islam jadi gagah, jadi maju, jadi tamadun.

Cara hendak hancurkan tamadun Islam hendaklah dihancurkan akhlak orang Islam itu sendiri supaya mereka tidak mengamalkan lagi prinsip-prinsip agama mereka. Maka orang putih buat kajian, di antara perkara besar yang menjadi satu prinsip dalam Islam iaitu mengasingkan lelaki dan perempuan. Bila orang putih sedar benda ini, maka semua negara-negara orang Islam yang mereka takluk, mereka buat sekolah dicampurkan laki-laki dan perempuan. Ini kekal sampai sekarang sehingga setelah 500 tahun kita dijajah, antara lelaki dan perempuan di sekolah-sekolah semakin hari semakin rapat. Sekarang sudah boleh dating dalam kelas. Berpimpin tangan antara lelaki dan perempuan di sekolah-sekolah sekarang sudah menjadi perkara lumrah.

Jadi bila laki-laki dan perempuan tidak ada hijab di sekolah-sekolah, tidak ada peraturan yang mengasingkan mereka, mereka boleh berlari, bermain, minum air bersama di kantin, boleh hantar nota begitu begini, bersembang, berkasih dan sebagainya, mereka akan berhubung di luar sekolah. Bila mereka berhubung di luar sekolah, kajiannya, daripada 10 orang yang berpasangan di sekolah, tiga pasti melakukan zina. Bila tiga melakukan zina, tiga komuniti masyarakat akan berbalah. Yang ini tidak mengaku anak, yang di kampung pula mengejek kepada ayah yang perempuan. Bila diejek, ayah yang perempuan akan berbalah pula dengan orang itu, sehingga bergolok pula dan bermacam-macam hal lagi berlaku dalam masyarakat dengan sebab berlaku 3 perzinaan sahaja yang mereka hendak daripada 10 pasangan yang berjaya bercinta di sekolah. Itulah bendanya.

Perhiasan ketiga bagi lelaki  

Soalan: Boleh Ustaz jelaskan, apakah perhiasan ketiga bagi kaum lelaki, khususnya dalam hubungannya dengan usaha untuk mencari keredaan Allah bagi kepentingan dunia dan akhirat.    

Jawapan: Kita bekerja keras untuk cari bekal akhirat, itulah perhiasan yang ketiga untuk seorang lelaki. Biar ada bekal akhirat. Kerana lelaki ini, Tuhan kata, ” Arrijalu khouwamu alannisa'”, lelaki ini adalah memimpin kaum wanita. Antara suami dan isteri, sepatutnya suami itu orang yang cari bekal akhirat. Orang perempuan pula jenis yang bermain-main, tiada masalah, itu hal dia. Sebab itulah kita jangan marah kepada orang perempuan. Mereka adalah jenis yang bermain-main. Orang perempuan kalau hal akhirat tidak macam mana. Kalau dia dengar syarahan agama yang menceritakan tentang azab api neraka, mereka akan kata, “Takutnya api neraka”, tapi sebenarnya hanya sebentar sahaja mereka ingat perkara itu.

Orang perempuan ini macam budak-budak kecil. Sebab itu kalau kita akad nikad, “Aku terimalah nikahnya dengan mas kahwin tersebut itu”, hendaklah kita sedar bahawa kita telah berkahwin dengan orang yang tidak berapa sara. Sebab orang perempuan ini dia memang kurang sara. Siapa kata? Rasulullah kata, akalnya kurang. Hadis sahih, akal kurang. Sebab itu jangan marah kepada orang perempuan. Tidak berapa sara itu dekat-dekat dengan gilalah. Begitulah. Bukan makna gila kotor macam itu. Tapi gila bermain. Main pinggan mangkuk. Orang perempuan bukan?

Tengoklah macam mana mereka bermain dengan pinggan mangkuk? RM500, RM600, pinggan mangkuk yang dibeli. Suami hulur RM500 balik 5 sen. RM499 dihabiskan dengan pinggan mangkuk. Mereka memang suka bermain dengan pinggan mangkuk, main kabinet, main kuali. Kuali daripada yang sebesar boleh muat 6 orang di dalamnya sehingga sebesar kelingking dibelinya dan diatur bersusun di rumah. Ohh hebat. Dapur saja, dibelinya yang hebat-hebat, yang mahal-mahal belaka, termasuk yang boleh keluarkan asap. Orang perempuan. Memang mereka jenis berhabisan wang macam itulah. Tapi dia tidak memasak. Lauk singgang memanjang. Hari paling sedap dimasaknya sayur taugeh. Memang teruk orang perempuan ini.

Ditengok pada dapur, dibaikinya habis RM40,000 bahagian dapur sahaja. Tapi kuih yang dimasaknya dua jenis sahaja iaitu lempeng nyiur dan jemput pisang. Muka suami hingga jadi macam jemput pisang sebab setiap hari makan jemput pisang. Maknanya, orang perempuan ini memang mereka jenis bermain. Kita orang lelaki pula bukan jenis bermain sangat. Kita bermain hanya sekadar hendak menghilangkan penat, jadi adalah permainan sedikit, suka-suka. Tapi suka-suka yang tidak melampau batas, tidaklah sampai tercicir sembahyang, itu barulah suka-suka yang dibenarkan Islam, hiburan yang dibenarkan Islam, hobi yang dibenarkan Islam. Tapi ingat, orang perempuan memang mereka jenis bermain. Ia macam budak-budak.

Kalau anak-anak kita bermain pondok-pondok, cuba tengok macam mana budak-budak kecil itu bermain. Mereka bungkus nasi lemak, nasi dagang, tapi bukan nasi yang betul pun, hanya pasir sahaja yang dibungkusnya itu, tidak boleh dimakan pun. Dia atur bersusun atas tangga. Kononnya mereka berniagalah itu. Bila kita tanya, “Apa benda ni?”, dijawabnya “Nasi dagang.” Tapi bila kita buka, pasir yang sama sahaja yang dibungkus-bungkus itu. Kawan dia datang beli pula, yang enam tahun, “Nasi lemak 10 sen”, budak-budak, macam itulah.

Emak kepada budak-budak itu pula bermain macam itu juga. Main pinggan mangkuk. Tapi mahallah. Yang budak-budak bermain hanya berharga RM3.80 sahaja satu set. Dalam set itu ada belaka, periuk belangga, dibeli di kedai Maidin. Tapi yang emak kepada budak-budak itu bermain pula pinggan sahaja berharga RM500. Itu tidak masuk kos bahagian dapur lagi.

Budak-budak, bukankah mereka suka bermain dengan cat-cat atau colour-colour. Antaranya adalah colour-colour luna 12 batang, tapi emak kepada budak-budak itu pula bukan lagi bermain dengan 12 colour. Sebaliknya, 48 colour. Di atas dahi diwarnakan dengan warna itu, atas hidung pula diwarnakan dengan warna ini, memang mereka jenis bermain. Sebab itu kalau kita hendak pergi makan kenduri pukul 12.00, jangan beritahu kepada isteri kita pukul 12.00. Kena beritahu pukul 10.00. Kena awalkan 2 jam. Kalau tidak mengantuk matalah (letihlah) kita tunggu dia dalam kereta.

Hendak pergi ke mana-mana, dibubuhkan macam-macam dengan bermacam-macam warna di mukanya. Mukanya itu sudahlah besar, banyak benda pula dibubuhnya di mukanya. Cat Jotun, undercoat, spray, clear, potin, macam-macam fesyen. Jenis orang perempuan, memang macam itu. Jadi kita kena fahamlah mereka. Mereka memang jenis bermain-main. walaupun dia cicir ibadat, banyak amalan yang sunat tidak dibuatnya, kita tidak usah hairanlah, tidak usah pedulilah, tidak usah tekan sangat kepada orang perempuan, kerja kita yang itu, iaitu yang bahagian akhirat. Sebab itulah Tuhan jadikan kita orang lelaki bahagian cari wang, orang perempuan bahagian perhabiskan wang.{/mprestriction}