Bidang pendidikan antara yang jadi fokus utama

SEMUA pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) Pendidikan dan pendidik serta tokoh pendidik diseru untuk menghadiri Konvensyen Kebangkitan Ummah pada 13 Januari ini di Dewan Muktamar, Pusat Islam, di sini.

Advertisement

Ketua Eksekutif Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MAKPEN), Mohd Zai Mustafa berkata konvensyen itu merupakan medan terbuka kepada pemimpin dan aktivis pendidikan serta rakyat yang prihatin untuk berkongsi idea, pendapat dan sumbangan dalam bidang pendidikan.

MZai“Ini adalah untuk memastikan landasan dan hala tuju pendidikan negara berada pada “tahap yang mantap demi kegemilangan ummah” menjadi realiti sebenar untuk memperkasa dan memartabatkan masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

Ia juga fokus memperkasakan kekuatan ummah melalui agenda kluster pendidikan yang perlu digerakkan secara keseluruhan oleh semua pihak secara lebih berperancangan dengan pendekatan yang lebih tersusun dan dinamik,” katanya selepas sidang media Konvensyen Kebangkitan Ummah semalam.

Tujuh bidang akan disentuh pada konvensyen yang julung kalinya diadakan oleh Gerakan Pembela Ummah (Ummah) antaranya bidang pendidikan yang akan dibentangkan oleh tokoh pendidikan terkemuka iaitu mantan Timbalan Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Rauf. – HARAKAHDAILY 4/1/2018