Beri PAS mandat laksana Islam

IMPIAN orang Melayu termasuk penyokong Umno hendak tengok Islam boleh dilaksanakan dalam pentadbiran kerajaan hanya boleh dicapai dengan memberi mandat kepada PAS.

Advertisement

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS tidak berdepan dengan banyak halangan bagi mencapai matlamat tersebut berbanding Umno.

“Oleh kerana itu beri peluang kepada kami mentadbir Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor. Sekiranya mendapat peluang lagi di Terengganu Islam dapat dilaksanakan,” katanya pada Pelancaran Markas Besar PRU 14 Pengkalan Berangan di perkarangan Pasti Al-Mukmin, malam semalam.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Yang Dipertua PAS (YDP) Marang, Yahaya Ali, Ketua Muslimat PAS Marang, Ustazah Zarani Othman, Ketua Pemuda, Ustaz Yusof Abdul Hadi dan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong.

Sempena pelancaran Markas Besar PAS Dun Pengkalan Berangan, sejumlah RM37,209.40 dan sebentuk cincin emas disumbangkan orang ramai. – HARAKAHDAILY 5/1/2018