Gantung ahli lembaga FIC sementara siasatan dijalankan

TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) mengesa agar semua ahli Lembaga FELDA investment Coorporation ( FIC ) digantung jawatan , sementara siasatan sedang jalankan oleh PDRM dan SPRM .

Advertisement

Kini laporan polis mengenai  “criminal fraud” dan tindakan “civil fraud ” bakal diambil ke atas mereka yang terlibat untuk menyelamatkan tanah Felda yang telah terjual kepada Synergy Promnade Sdn Bhd yang dikatakan dibuat tanpa kelulusan. Pihak kerajaan sepatutnya tidak ada masalah untuk mengesan siapakan pemilik syarikat SPSB itu dan bagaimana ia terlibat dalam pemindahan tanah milik Felda di Jalan Semarak itu.

Soalnya semenjak Jun 2004 bila Unit Seranta (Felda) diletak sepenuhnya dibawah Jabatan Perdana Menteri kenapa kelemahan pengurusan, prosedur membuat keputusan, bidangkuasa Lembaga Felda dan FIC tidak disemak dengan teliti.

Perkembangan terkini sangat mengujudkan, kerana transaksi jualan dan penyerahan  Power of Attorney telah berlaku pada 2015. Tanah Felda dikatakan diserah kepada SPSB tetapi tidak ada sebarang pembayaran diterima oleh Felda dalam jual beli tersebut.

Kami juga mengambil perhatian terhadap pelantikan sebuah firma audit luar yang dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri untuk melakukan forensik audit ke atas pihak yang terlibat dalam isu pembangunan KLVC oleh sebuah syarikat, Synergy Promenade Sdn Bhd. (SPSB). Turut akan terlibat dalam pengauditan itu ialah FIC, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan DBKL.

Siasatan forensik audit luar yang akan diselesaikan dalam tempuh 30 hari mengikut kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib itu harus mendedahkan segala kepincangan.

Malah kami juga mengesa pegawai kanan Felda yang terlibat dalam pengurusan tertinggi perlu dicutikan sehingga sesiatan selesai dijalankan.

Sebagai sebuah badan perladangan dan pembangunan tanah yang terbesar di Malaysia pengurusan Felda yang lemah serta salahguna kuasa tidak mungkin boleh dikompromi.

Kami berpendapat dengan sederetan isu yang melanda Felda, suatu tindakan yang drastik perlu diambil. Arahan untuk membuat forensik audit yang membedah segala aspek pengurusan Felda berkaitan dengan pindahmilik tanah perlu telus.

Rakyat, terutama peneroka Felda akan meneliti natijah dari audit ini dan yang juga lebih penting ialah sejauh mana tindakan ke atas pihak yang terbabit dalam isu ini akan diambil.

Sistem Pengerusi Felda menjadi pelbagai Pengerusi dibawah Felda perlu disemak semula. Tan Sri Isa Samad yang menjadi Pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017, juga memegang jawatan Pengerusi kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd dari Januari 2011 hingga Jun 2017 dan dalam masa yang sama menjadi juga Pengerusi Felda Investment Corporation (FIC) dari 2 Julai2013 hingga 2017.

Konflik kepentingan sudah tentu berlaku dan kami hairan kepada pihak Jabatan Perdana Menteri tidak menyedari hal ini. – HARAKAHDAILY 8/1/2017