Mukayyam Jentera PAS bersiap menangi Spg Renggam

KLUANG: PAS Kawasan Simpang Renggam telah mengadakan Mukayyam Jentera Pilihan Raya di Gunung Berlumut pada 5 Januari lalu dan berakhir kelmarin.
 
Mukayyam tersebut bertujuan memperkukuh dan memperkasa kekuatan siap siaga jentera sebagai persediaan menghadapi PRU14 tidak lama lagi.
 
Antara pembentangan adalah mengenai strategi semasa PAS khususnya Budaya Politik Matang dan Sejahtera serta dokumen Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051.
 
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Roslan Nikmat dalam pembentangan tersebut, BPMS dan WINS perlu diterjemah jentera PAS kepada masyarakat antaranya mengurangkan musuh, sebaliknya meramaikan kawan.
 
Sementara Ketua Dewan Ulamak PAS Johor, Ustaz Azlisham Azhar dalam kuliahnya menyeru agar tahap pengorbanan ditingkatkan kerana tidak sama darjat pejuang di medan dengan ibadah di rumah.
 
Beliau memetik iktibar kisah ulama bernama Abdullah bin Mubarak yang mengutus surat kepada ulama lain di Kota Haramain Makkah dan Madinah atas sibuknya beribadah.
 
“Wahai ahli ibadah di dua Tanah Haram. Seandainya kau melihat kami, nescaya kau akan tahu bahawa engkau dan ibadahmu itu hanyalah main-main belaka.
 
“Orang membasahi pipinua dengan linangan air mata, sementara kami membasahi leher dengan darah-darah kami,” ujar Ustaz Azlisham memetik kata-kata Abdullah.
 
Beliau berharap kisah tersebut menjadi pembakar semangat dalam meneruskan perjuangan menggapai kemenangan Islam hingga terangkat darjat di sisi Allah. – HARAKAHDAILY 8/1/2018
Advertisement