PAS tambah Cawangan di Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM: PAS Kawasan Bukit Mertajam memperkukuhkan kesiapsiagaan menuju PRU14 apabila menambah kekuatan dengan merasmikan menubuhkan PAS Cawangan Taman Sukun, di sini kelmarin.
 
Perasmian itu disempurnakan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sempena majlis perasmian serentak Mesyuarat Agung PAS Cawangan-cawangan dalam kawasan itu.
 
Penubuhan itu juga sekali gus menempa sejarah PAS Bukit Mertajam apabila borang 30 permohonan ahli baharu diterima daripada Cawangan tersebut diwakili Zulkhairi Zakaria.
 
Pengarah Pilihan Raya Dun Machang Bubuk, Hussain Sazlan Md Ghazali melahirkan hasratnya betapa penyertaan dan penubuhan Cawangan baharu itu akan menyemarakkan lagi usaha mencapai kemenangan di Dun tersebut.
 
Yang DiPertua PAS Bukit Mertajam, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah berharap penyertaan mereka akan membantu usaha memartabatkan Islam di kawasan itu khususnya dan Malaysia amnya. – HARAKAHDAILY 9/1/2018 
Advertisement