PAS Spg Renggam ziarah kematian keluarga kaum India

SIMPANG RENGGAM: PAS Kawasan Simpang Renggam menzahirkan simpati kepada kepada keluarga Doraisamy Sinnasamy yang kematian isteri, Chellamah Ponnusamy akibat sakit jantung.
 
Sehubungan itu, pimpinan PAS diketuai Yang DiPertua PAS Simpang Renggam, Ilias Ithnin dan Timbalannya, Mohd Jubri Selamat telah berkunjung ke kediaman keluarga itu di Taman Mega, di sini kelmarin.
 
Pada kunjungan itu, rombongan PAS Simpang Renggam merakamkan takziah dan berharap keluarga tersebut tabah menghadapi kehilangan insan mereka sayangi.
 
Pihak PAS Kawasan turut menghulurkan sedikit sumbangan kewangan kepada Doraisamy yang kelihatan terharu dengan ziarah itu bagi meringankan perbelanjaan pengurusan jenazah mendiang isterinya.
 
Pada ziarah yang turut disertai Pengarah Ilham Johor, Atan Gombang itu, mereka berkesempatan mendapat penerangan mengenai Pesta Ponggal yang bakal disambut kaum India.
 
Mohd Jubri berkata, pihak PAS Simpang Renggam bersedia hadir pada program kebudayaan sedemikian dalam rangka mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. – HARAKAHDAILY 11/1/2018
Advertisement