TPR bantu nenek dan biaya yuran cucunya

KUANTAN: Menerusi Tabung Prihatin Rakyat (TPR), PAS Kawasan Paya Besar telah membantu membiayai yuran sekolah KAFA pelajar yang hanya tinggal bersama nenek angkatnya.

Advertisement

Sumbangan wang tunai untuk Nur Qaseh Danisya Abdullah, 8 tahun, disampaikan sendiri oleh Yang DiPertua PAS Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya kepada Asemah Che Hassan, 57 tahun di Taman Tas Ria, di sini semalam.

Pada kesempatan tersebut, sumbangan turut diberikan kepada warga emas itu berupa barangan dapur sebagai usaha meringankan bebannya menjaga cucu angkat tersebut.

“Cucu ini saya bela dari kecil sampai sekarang. Tak ada bantuan dari ibu bapanya. Sekarang saya dah tua dan sakit-sakit tak boleh buat kerja jadi terpaksa minta bantuan ramai,” ujarnya yang kelihatan lemah tapi gembira menerima bantuan itu.

Difahamkan oleh Ustaz Tarmizi, pelajar itu antara penerima bantuan ‘Back To School’ oleh TPR hujung tahun lalu dan nenek angkatnya juga adalah menerima bantuan bulanan dari pihak PAS Taman Tas.

Orang ramai yang prihatin dan turut sama ingin menjayakan usaha seumpama boleh menyalurkannya menerusi akaun Maybank 556226404572 atas nama Tabung Prihatin Rakyat PAS Paya Besar. – HARAKAHDAILY 16/1/2018