BN bermasalah, PH bukan pengganti lebih baik

ATAS perintah melakukan islah dan suruhan berlumba-lumba mengerjakan kebaikan, PAS Kawasan Batu tekad menyertai Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang sebagai blok ke-3; menjadi pilihan baru buat pengundi Parlimen Batu.

Advertisement

PAS, dengan jiwa besar dan optimis, menggembleng usaha bersama Gagasan Sejahtera (GS) di tengah-tengah antara dua blok politik konvensional sedia ada demi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah Negara Sejahtera seperti yang digagaskan oleh PAS dalam Wawasan Negara Induk Sejahtera (WINS).

PAS sedar bahawa Kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) hari ini sedang mengalami masalah integriti dan kelemahan tadbir urus yang kritikal. Pakatan Harapan (PH) yang berhadapan dengan isu ideologi dan kepimpinan yang bermasalah pula bukanlah pengganti yang lebih baik untuk meneraju Kerajaan yang dibentuk pasca PRU14 akan datang.

Justeru, PAS tampil dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) menawarkan penyelesaian berasaskan Islam; antaranya, seperti yang telah dikemukakan dalam Dokumen Hijau. PAS tegas bahawa hanya dengan Islam, rakyat dan negara ini akan sejahtera. Islam adalah rahmat buat semua.

Oleh itu, saya menyeru dan merayu kepada para pengundi Parlimen Batu untuk memberikan kepercayaan dan sokongan kepada PAS.

”Kita Sejahtera Bersama”
”Sejahtera Bersama Islam”

USTAZ AZHAR YAHYA
YDP PAS Kawasan Batu
Khamis, 18 Januari 2018 | 01 Jamadilawal 1439 – HARAKAHDAILY 18/1/2018